Sekiranya anda sering menggunakan facebook sebagai medium untuk komunikasi dan juga ingin membina pengaruh anda yang tersendiri di lama sosial gergasi ini. Anda harus mengelakkan daripada melakukan sebarang tulisan seperti yang berikutnya, sila fahamkan dengan teliti;
1. Status politik
Orang kita taksub gila bab politik, jangan kutuk parti Ayam mereka. Itu mereka tidak suka.
2. Status bahasa kesat
Orang makin jauh dengan kita sebab bahasa kita gambarkan kita otak tiada.
3. Status menghina
Jangan menghina orang lain atau sesiapa diFB, ia kurang sopan sebenarnya
4. Status perli orang
Orang tahu siapa yang kita tuju kalau sebut kaya sebab ada cincin berlian.
5. Status dengan gambar seksi dan lucah
Orang kita tak suka gambar begini muncul di media sosial mereka.
6. Status marah marah
Kita bergaduh dengan rakan sekerja, kita marah dimedia sosial dengan judul “Jantan Tara Guna, Tara Guna”
7. Kongsi video berunsur jahat atau ngeri
Tidak semua orang suka kontroversi dan kemalangan, ada gambar mengerikan hingga putus kepala kita letakkan di Facebook.
8. Status rasis dan biadap
Jangan provokasi di Facebook, silap silap dapat tidur dalam lokap.
9. Status mewah
Ramai orang tak suka orang kaya, ini hakikat sebenarnya. Jika tidak Aliff Syukri tidak kena kecam setiap hari.
10. Status menjual sepanjang masa
Ini Facebok dan bukannya pasaraya nak asik jual bedak tempek muka sepanjang masa. Orang tak suka, nak jual ada caranya saya ada kongsikan dalam kelas saya bagaimana.
Bila pengikut datang dengan status kontroversi kita macam Dato Alif Syukri, akan ada follower negatif yang menanti. Mereka tunggu nak kutuk kita sahaja nanti.
Apa sekalipun, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan apa yang dikongsikan oleh saudara Azizul Azli adalah tepat sekali. Setiap orang harus berfikiran terbuka dan harus ingat tentang perasaan orang lain juga sebelum menulis sesuatu yang kadang-kadang kerana tulisan kita tercetusnya pergaduhan dan sebagainya sehingga meretakkan sesebuah hubungan yang terbina.
Sumber : Azizul Azli Ahmad via ohmymedia.cc
Loading…