in , , ,

12 Tahun Dihina Kerja Kutip Sampah Tepi Jalan, Tabahnya Pak Cik Tua Besarkan Anak Sendiri Tanpa Isteri Di Pondok Buruk

12 Tahun Dihina Kerja Kutip Sampah Tepi Jalan, Tabahnya Pak Cik Tua Besarkan Anak Sendiri Tanpa Isteri Di Pondok Buruk

Belajar untuk menguasai sesuatu ilmu itu penting, namun belajar tentang kehidupan orang lain dari sisi baiknya juga sama pentingnya agar kita menjadi seorang yang lebih bersyukur dan sentiasa bersangka baik dengan takdir yang Tuhan aturkan. Perkongsian tentang ketabahan seorang pak cik tua yang dihina kerja kutip sampah, patut kita jadikan contoh.

Demi mencari rezeki yang halal sanggup dihina kerja kutip sampah

Setiap orang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Suka dan duka silih berganti. Ujian tidak lekang mencari masa singgah di jalan cerita hidup kita. Kisah ini tentang seorang pak cik tua yang berjalan keliling untuk mencari bahan-bahan terbuang seperti botol, kotak, wayar, besi, dan sebagainya untuk dijual.

Dihina dengan kerja kutip sampah, dipanggil dengan gelaran “Pemakan Sampah”, tidak sama sekali mematahkan usaha Pak Cik Jimmy untuk mencari rezeki yang halal demi membesarkan tiga orang anak-anaknya dari kecil sehingga besar.

“Saya tak kesah mereka menghina dan melemparkan panggilan yang tidak baik kepada saya. Yang penting, saya mencari rezeki yang halal dan tak mengambil harta atau barang orang lain. Semua yang saya kutip ini barang yang dah tak digunakan orang lagi.”

Sejak 12 tahun, beliau sudah keliling jalan setiap hari untuk mencari dan menyelongkar sampah semata-mata untuk mendapatkan barang yang boleh dikitar semula dan dijual.

Kerja yang disangka mudah oleh sesetengah orang, selain dihina kerja kutip sampah mungkin bagi kita apa lagi cabaran beliau kan. Sebenarnya, kerja seperti ini juga mendapat persaingan hebat dari orang lain yang lebih berkemampuan, dan bertenaga.

Mereka yang menjadi pemungut sampah persendirian menggunakan kereta, double cab, dan lori kecil sudah tentu lebih banyak mendapatkan hasilnya, dibandingkan dengan beliau yang hanya menggunakan gerobak buruk.

BACA : Nampak kaki terjuntai, rupanya rider gendong bayi keluar cari rezeki tengah panas… Hanya beri susu apabila balik rumah

Isteri meninggal, rumah terbakar duduk pondok buruk
Ketabahan seorang ayah membesarkan tiga orang anak bersendirian sejak kecil tanpa isteri mengajarkan kita banyak perkara. 8 bulan selepas melahirkan anak bongsunya, isteri beliau meninggal dunia.

Di situlah kehidupan masa depan beliau bersama anak-anak mula teruji. Walaupun hati beliau kuat untuk bekerja seperti orang lain yang makan gaji tetapi beliau terpaksa memikirkan tentang anak-anaknya.

“Setiap hari, setiap malam, saya mintak petunjuk dengan Allah apa yang sesuai. Yang boleh saya buat dan paling penting halal untuk beri makan anak-anak di rumah. Kalau saya kerja, anak-anak masih kecil ketika itu untuk ditinggalkan di rumah. Saya bimbang keselamatan anak-anak. Bahkan dulu anak saya ketika bermain di luar pernah digigit anjing ketika saya keluar bekerja,” luah Pak Cik Jimmy tentang kisah disebalik kerjayanya ini.

Katanya lagi, “Sehinggalah suatu hari ketika saya berjalan, saya ternampak banyak longgokan kotak, dan besi. Jadi tiba-tiba saya mula terfikir untuk menjadikan kerjaya pemungut sampah ini sebagai sumber pendapatan harian. Dalam masa yang sama tidak perlu terlalu bimbang dengan anak-anak di rumah.”

Sudah jatuh ditimpa tangga, kehidupannya yang serba kekurangan diuji pula dengan rumahnya yang terbakar setahun lebih yang lalu. Sehingg hari ini, beliau bersama anak-anak yang sudah kian membesar tinggal di sebuah pondok buruk yang dibina dari sisa-sisa runtuhan rumah lamanya dulu.

“Saya tinggal di tempat yang sama tetapi saya hanya bina pondok buruk sahaja. Atapnya dibina dari zink yang belum terbakar, separuh dindingnya pula saya terpaksa guna yang sudah terbakar sahaja.”

Dihina kerja kutip sampah tetapi mulut tidak berhenti berdoa, kata-katanya bagaikan mutiara
“Mungkin saya dihina kerja kutip sampah. Tetapi kerja ini jugalah yang mengajar saya tentang hidup sebagai seorang hamba yang sedar suatu hari nanti akan kembali kepada fitrahnya. Dari tanah kembali pada tanah.”

Semakin bertambah umur, beliau dapat rasa kudratnya semakin lemah. Menyedarkannya tentang nikmat umur dan kesihatan yang Allah SWT berikan. Kitaran manusia dari bayi, kanak-kanak, dewasa, dan orang tua, semuanya seakan-akan dipaparkan dalam mindanya jelas sepanjang bergelar seorang pemungut sampah.

Apabila diberikan sedikit bantuan oleh penyumbang, beliau terus mengangkat kedua-dua belah tangan dan mendoakan kesejahteraan mereka. Beliau tidak mampu membendung air matanya lagi, bahkan suaranya juga hiba menerima kebaikan tersebut.

Kebetulan, hari tersebut merupakan hari lahirnya. Bagaimana mungkin dia tidak terharu. Sedangkan dengan kerja memungut sampah di tepi jalan, ditambah perlu bersaing dengan ramai orang berapa sangatlah pendapatan beliau untuk sehari.

Kerana ketabahan dan penat lelah seorang yang bernama ayah untuk menafkahi anak-anak, sesungguhnya Allah SWT itu tidak akan menyempitkan rezekinya sehingga bila-bila.

Sumber: Vitaminbae

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0