in

Justice4bella | Dipaksa Makan Tahi & Muntah Sendiri, Ini Antara Kekejaman Yang Dilakukan Kepada Bella!

bella

#Justice4bella, adalah merupakan hastag yang digunakan bagi menunjukkan sokongan kepada kes dera yang dilakukan kepada seorang gadis remaja OKU, di bawah jagaan sebuah rumah perlindungan sebelum ini. 

Bella Ditemui Dalam Keadaan Cedera Dan Tidak Terurus

Gadis remaja yang dimaksudkan itu dikenali dengan nama Bella dan merupakan remaja berumur 13 tahun, down-syndrome dan yatim piatu (tidak mempunyai waris). 

Mangsa ditemui di dalam sebuah rumah yang dipercayai rumah OKT oleh seorang aktivis sosial dalam keadaan cedera teruk, melecur dan tidak terurus. Dia dipercayai telah didera dengan tidak perikemanusiaan oleh OKT. Selepas ditemui, beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. 

Mangsa telah menjalani rawatan selama 10 hari akibat kesan kecederaan yang dialaminya. Kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis pada 24 Jun 2021 dan kini sedang dibicarakan di mahkamah kanak-kanak Putrajaya.  

Susulan itu, penjagaan mangsa telah dikembalikan kepada Jabatan Sinar Harapan, Negeri Sembilan. Berdasarkan hasil siasatan, ibu angkat dan penjaga mangsa, Cik Siti Bainun binti Ahd Razali telah dihadapkan dengan dua pertuduhan iaitu pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak di bawah Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).  

Baca Juga: Luluh Hati Ibu Bila Bayinya Berusia 11 Bulan Didera Pengasuh Sehingga Mata, Hidung Merah & Kesan Bedung Calar

18 Jenis Penderaan Yang Dilakukan Kepada Bella

bella

Seorang pengguna Facebook (Mohd Fadli Salleh) yang mengikuti kes penderaan adik Bella ini telah berkongsi satu posting di facebook beliau yang berjaya mendapat mendapat 4.7K shares dan 15K likes. Beliau  telah menyenaraikan 18 jenis penderaan yang dialami oleh mangsa seperti di bawah berdasarkan sumber dan bahan bacaan yang ditemui beliau. 

Kes adik Bella sememangnya menjadi tumpuan ramai. Namun tak ramai baca dengan detail setiap penderaan yang dialami oleh Adik Bella.

Nah, aku bantu listkan 18 jenis penderaan yang dialami oleh adik Bella mengikut saksi….

  1. Dipukul dengan hanger sehingga hanger patah.
  2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain.
  3. Dikurung dalam laundry room yang kecil dan penuh dengan barang stor.
  4. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur.
  5. Disimbah air panas dengan kerap. Termasuk tempat luka dan nanah. Hukuman air panas ni hukuman paling banyak Bella kena.
  6. Diikat tangan, kaki dan ditutup mulut.
  7. Ditelanjangkan.
  8. Dipaksa makan najis sendiri. Mangsa makan kerana takut diseksa, tapi muntah dan dipaksa makan lagi.
  9. Menekap kuali panas pada peha mangsa.
  10. Dipaksa bersihkan tandas. Jika dia tak puas hati, pemanas air dipasang pada suhu maksima sebelum disiram pada mangsa.
  11. Tangan diikat dan direndam dalam baldi air panas yang dicampur Dettol dan garam.
  12. Diberi makanan lebihan penghuni lain atau nasi kosong digaul dengan cili kisar.
  13. Ditenyeh mata, mulut dan luka dengan cili kering.
  14. Diikat dan tendang diperut oleh OKT. Selepas itu siram air panas dan tenyeh cili kering kat mata dan luka.
  15. Dipukul dengan batang penyapu atau penyodok sampai patah
  16. Dipijak dibahagian lutut oleh OKT.
  17. Dipukul dan ditolak kepala.
  18. Digigit perut oleh penghuni lain atas arahan OKT.

Dipaksa Makan 80 Cili Seminggu

“Katakan Bella didera empat bulan, kiranya 1,280 cili padi disumbat dalam mulut Bella…”

bella

Manakala, menurut satu artikel yang diterbitkan oleh Harian Metro bertarikh hari ini, 15 April 2022, mangsa telah diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahmad Razali. 

“Siti Bainun juga arahkan saya pegang bahu Bella ketika berdiri dan menyuruh remaja itu untuk melutut dan diugut bagi air panas.

“Bella juga ada dihentak kepala di dinding, diejek dan diperbodohkan,” – saksi.

Okt Dikatakan Miliki Hampir 10 Orang Peguam

bella

“ OKT miliki 10 orang peguam, melawan seorang kanak-kanak OKU. Saksi pula anak remaja yang tak pernah jejakkan kaki ke mahkamah….. “ 

OKT dipercayai mempunyai 10 orang peguam dalam kes ini, manakala mangsa diwakili oleh peguam-peguam daripada Jabatan Peguam Negara (AGC). 

Fynn Jamal, menulis panjang di caption Instagram beliau perihal kes ini. Beliau terkesima bagaimana OKT mampu membayar peguam mahal-mahal dekat 10 orang, atau apa amalan-amalan yang dilakukan OKT sehingga mendapat pembelaan daripada peguam-peguam tersebut sekiranya pasukan peguam ini melakukan pembelaan secara probono. 

“Justice for Bella ni –

macam mustahil kat dunia.” – Fynn Jamal 

bella

Sumber:

Written by Admin (NP)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0