in

2 Tahun Berusaha, Disahkan Hamil Masa Outstation, Nak Buat KEJUTAN, Masuk Bilik Aku Nampak Suami Dengan…

Hampir dua tahun perkahwinan kami. Tapi masih belum punya zuriat. Suami bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej swasta dan saya hanya kerja sebagai kerani di syarikat kontraktor. Semua yang bernama wanita ingin mempunyai zuriat sendri, begitu juga saya.

berkahwin
Gambar Hiasan

Sejak 6 bulan yang lalu keluarga mertua selalu memberi tekanan pada saya mengenai anak sehinggakan saya menghidap migrine yang teruk. Saya dan suami dah cuba sedaya upaya, macam-macam kaedah kami cuba tapi belum ada rezeki.

Pada May 2017 syarikat saya bekerja menghantar saya melawat cawangan syarikat di JB. Selama seminggu lebih di sana, saya selalu lemah badan, mual-mual jadi saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan hasilnya alhamdulilah saya hamil 2 bulan.

Berita baik ini saya ingat nak bagitahu suami saya. Tapi bukan melalui call. Saya nak hadiahkan pada suami pada hari saya balik dari JB.

dapat anak
Gmbar Hiasan

Setelah saya tiba di rumah alhamdulilah keluarga mertua ada disana. Hati saya terlalu happy untuk khabarkan berita baik ni.

Sampainya saya di rumah semua tengah tidur petang. Saya terus masuk bilik. Apa yang saya nampak ya Allah kau kuatkan hatiku. Suami sendiri sedang “bersama” di dalam bilik sendiri. Saya melulu masuk dan amarahnya saya pada ketika tu. Ternyata suami dah hadiahkan kesakitan mendalam pada saya.

Keluarga mertua terdengar saya memarahi suami terus ke bilik ternyata suami dah 4 hari berkahwin. Tanpa pengetahuan saya. Hati saya hancur ketika tu hanya Allah yang tahu. Berderai air mata saya sanggup buat saya begini. Hadiah untuk suami hanya sekadar angan-angan.

Saya terus tinggalkan rumah tu dan mengatakan ‘zuriat yang ada dalam perut ayang ni takda papa sebab papa dia nak kan zuriat lain” ya allah hancurnya hati saya ketika tu.

Keesokannya saya terima pangilan dari puan Hanifah dan ditawarkan untuk berkerja di dubai. Tanpa berfikir panjang saya setuju mungkin dengan ini saya boleh melupakan segalanya, membesarkan zuriat disana.

Si suami selalu call whatsapp meminta maaf, mengatakan dia terpaksa kahwin sebab turuti kata ibunya. Saya buntu, tolong beri saya pendapat untuk terus stay dengan suami atau pergi tinggalkan nya. Tolong saya…

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

2 Comments

Leave a Reply
  1. Ramai lg lelaki yg blh membahagiakn pn..wp x slh dr sg agama ttp hati pn dh terguris krnnya..berusaha.berdoa..btawakal..dn mulakn lembaran baru yg lebih membahagiakn..InshaAlĺah ada jln.walm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments