in ,

25 Kegunaan Cuka Untuk Membersihkan Rumah Selain Berbagai Perkakas Yang Ramai Tidak Tahu

Rupanya sangat banyak kegunaan cuka yang boleh digunakan untuk membersihkan rumah, hanya dengan sebotol cuka boleh dibuat sebagai pencuci segala kekotoran yang terdapat di dalam rumah.

Berbagai kegunaan dan kelebihan cuka yang dikongsikan oleh pengguna Facebook yang bernama Puan Shida Rahman untuk semua pembaca. Perkongsian petua beliau amat bermanfaat, selain itu cuka boleh digunakan untuk membersihkan berbagai jenis perkakas yang terdapat di rumah kita.

25 Cara Membersihkan Rumah Menggunakan Cuka Sahaja

Gambar Hiasan

1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.

Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.

2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.

Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.

Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.

4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah.

Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.

Gambar Hiasan

5. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk. Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun.

Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.

 

6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.

7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais. Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.

8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak. Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.

Gambar Hiasan

9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar. Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.

10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan. Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.

11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik. Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.

12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan. Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.

13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.

Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.

14. Cuci Microwave oven. Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave.

Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.

Gambar Hiasan

15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas. Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.

16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin. Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.

17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven. Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.

18. Untuk menyegarkan bilik air. Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air.

Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.

19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet. Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat.

Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.

20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).

Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam. Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam.

Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.

22. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar. Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai.

Gambar Hiasan

Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.

23. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium. Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air.

Masukkan ke dalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.

24. Menghindarkan semut. Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.

25. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan. Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka ke dalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.

Semoga perkongsian Puan Shida Rahman ini bermanfaat untuk semua.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0