in

“3 Kali Dia Berak Kat Tempat Yang Sama” – Pemilik Dobi Berang Si Ibu Arah Anak Sabotaj Kedainya

Pengotor, kurang ajar dan biadap, ini mungkin ungkapan yang sesuai untuk ditujukan kepada seorang remaja perempuan yang dipercayai membuang najis di hadapan sebuah kedai dobi di Jalan Manickavasagam, Lobak, Seremban.

Menurut laporan Harian Metro, perbuatan yang menjijikkan itu dikesan selepas pemilik kedai terbabit, Datuk Adzwan Ab Manas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premisnya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku sebanyak tiga kali bermula pada awal September lalu, diikuti pertengahan dan terbaru, Selasa lalu.

Pada mulanya dia beranggapan najis itu adalah najis anjing tetapi sangkaannya meleset selepas dia dapati perbuatan itu dilakukan oleh manusia seorang remaja perempuan yang membuang air besar di tempat yang sama selepas dia melihat CCTV yang dipasang di premisnya itu.

Menurutnya lagi, “ketiga-tiga kejadian itu berlaku antara 1.30 tengah hari hingga 1.45 petang. Pada mulanya, saya tidak memperbesarkan perkara ini namun terpaksa membuat laporan kerana sudah tiga kali berlaku.

“Berdasarkan susuk tubuh dirakam dalam CCTV, saya percaya perbuatan itu dilakukan orang sama. Lebih mengecewakan apabila perbuatan kali ketiga turut ‘direstui’ seorang wanita dewasa yang dipercayai ibunya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dia tidak pasti perbuatan dilakukan sama ada menerima upah atau sebaliknya kerana kawasan ini turut mempunyai dobi lain terdapat banyak premis makanan di sekitarnya.

“Jika tidak tahan sekalipun, pergi lah ke tandas premis makanan itu dan bukannya membuang najis di premis ini,” katanya.

Adzwan berkata, sejak menjalankan perniagaan itu hampir tiga tahun, ini kejadian pertama berlaku di premisnya.

“Demi keselamatan premis dan perniagaan saya, saya akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seremban 2, di sini.

“Saya tidak mahu disebabkan perbuatan tidak bermoral yang boleh menjejaskan pengunjung ke sini,” katanya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0