in ,

6 Gambar Terkini Pelakon Kanak-kanak Bollywood Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dulu..

wajah terkini pelakon kanak-kanak Bollywood

Mungkin ramai peminat artis Bollywood yang tertanya-tanya agaknya macamana wajah-wajah terkini pelakon kanak-kanak Bollywood yang popular dan pernah menjadi pujaan ramai pada suatu ketika dahulu. Bagaimana agaknya mereka sekarang? Adakah mereka masih lagi berlakon atau sebaliknya.

Para peminat yang ada mengenali pelakon kanak-kanak Bollywood ini pasti akan terkejut apabila melihat wajah terkini mereka kerana ada di antara mereka sudah berubah malahan kelihatan sangat dewasa, cantik dan banyak perubahan telah berlaku pada mereka. Di bawah ini dikongsikan wajah terkini mereka untuk tatapan anda peminat pelakon kanak-kanak Bollywood.

Wajah Terkini Pelakon Kanak-kanak Bollywood

1. Sana Saeed

Sana Seed
Sana Saeed

Bintang kecil yang pernah menjadi fenomena dahulu dengan wataknya sebagai Anjali di dalam filem Kuch Kuch Hota Hai yang turut menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol sebagai watak utama. Sana dilahirkan pada 22 September 1988 dan kini umurnya sudah menjangkau ke 29 tahun. Terkini dia merupakan seorang pelakon dan juga peragawati.

2. Hansika Motwani

Hansika Motwani
Hansika Motwani

Kalau anda pernah menonton filem Koi Mil Gaya yang menampilkan Hrithik Roshan dan Preity Zinta sebagai hero dan heroin. Hansika merupakan salah seorang pelakon kanak-kanak yang memegang watak di dalam filem tersebut. Dia dilahirkan pada 9 Ogos 1991 dan kini kerjayanya adalah sebagai seorang pelakon filem tamil.

3. Ayesha Kapur

Ayesha Kapur
Ayesha Kapur

Filem Black pada tahun 2005 telah menampilkan Ayesha Kapur sebagai pelakon kanak-kanak di dalam filem tersebut dan telah bergandingan dengan pelakon hebat seperti Amitabh Bachchan, Rani Mukerji dan ramai lagi. Ayesha dilahirkan pada 13 September 1994 dan kini dia merupakan seorang pelakon.

4. Tanvi Hegde

Tanvi Hegde
Tanvi Hegde

Tanvi telah memulakan kariernya dalan bidang lakonan semenjak dirinya masih kanak-kanak lagi. Antara filem yang telah menaikkan namanya adalah menerusi filem Champion yang ditayangkan pada tahun 2000. Dalam filem tersebut dia memegang watak sebagai Shraddha. Kini usianya sudah mencecah 25 tahun.

5. Alia Bhatt

Alia Bhatt
Alia Bhatt

Alia Bhat mula dikenali menerusi lakonannya di dalam filem Sangharsh pada tahun 1999 dan memegang watak sebagai Young Reet Oberoi. Ketika dia memegang watak ini dia baru berusia 6 tahun. Terkini selain bergelar pelakon, Alia juga merupakan seorang penyanyi.

6. Parzaan Dastur

Parzaan Dastur
Parzaan Dastur

Watak kanak-kanak lelaki bisu yang comel dalam filem Kuch Kuch Hota Hai telah dilakonkan oleh Przan Dastur. Parzan kini berusia 25 tahun dan merupakan seorang pelakon, penyanyi, pemuzik malah dia juga merupakan seorang pengarah dan penerbit.

Ada tak yang terkejut melihat wajah terkini pelakon kanak-kanak Bollywood ini yang pernah jadi pujaan ramai peminat pada suatu masa dulu?

Sumber: MEDIA HIBURAN

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0