in

Wanita Ini Kongsi 7 Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Bangun Selepas Bercerai – “Alhamdulillah, Sekarang Saya Bahagia..”

Tiada sesiapa yang ingin sesebuah perkahwinan itu berakhirnya dengan penceraian. Namun, semuanya takdir kerana kita hanya mampu merancang, selebihnya Tuhan yang menentukan.

Hubungan suci yang diharapkan berakhir sehingga ke syurga tetapi terputus di tengah jalan yang menyebabkan berlakunya penceraian dan ianya langsung tidak disangkakan. Mungkin, sesuatu yang berlaku itu mempunyai sebab tersendiri dan ada hikmah tertentu di sebaliknya.

Walau bagaimanapun, janganlah terlalu bersedih dengan penceraian itu. Bangun dan bangkitlah untuk meneruskan kehidupan yang masih berbaki. Jadilah seperti wanita ini yang terus kuat menempuh kehidupannya yang diceritakan melalui laman Kisah Rumah Tangga ini.

Ikuti perkongsiannya yang menyenaraikan tujuh perkara yang harus dilakukan oleh semua wanita selepas berhadapan dengan penceraian untuk bangun dari kesedihan.

1. Belajar Memandu

Belajar memandu. Sebab saya tak tahu drive dan sebenarnya saya takut nak memandu ni. Entahlah, takde kekuatan waktu tu. Bekas suami menggunakan kereta saya, sedangkan saya pemilik tiada lesen memandu.

So bila dah bercerai, saya amik kuncinya dan setelah itu mendaftar untuk dapatkan lesen sendiri. Walau takut, tetap kena hadapi. Alhamdulillah, sekejap je dah pandai, sekarang berlagak otai. Haha

2. Simpan Semua Gambar Bekas Suami

Simpan semua gambarnya. Dia adalah ayah kepada anak saya maka gambarnya yang saya letakkan di dalam bingkai samaada di meja atau di dinding rumah, tidak dibuang. Amik masa berberapa bulan setelah penceraian barulah saya punya kekuatan.

Itupun setelah menangis berbulan², barulah saya sedar gambar² kami berdua tidak akan membantu memulihkan saya. Jadi saya ambil kotak, dan simpan siap seal semua. Selesai sebuah ceritera cinta.

3. Melancong Bersama Rakan Baik

Pergi melancong dan keluar dengan sahabat. Banyak perkara yang saya tak dapat buat kerna berkahwin ketika dalam pengajian Universiti.

Jadi inilah masa saya bebaskan diri dan pergi ke serata tempat yang saya tak pernah pergi. Kerna dengan dia, saya tak dapat ke mana² jadi usahlah bazirkan lebih banyak masa. Hidup untuk dinikmati dan bukannya untuk dikesali.

4. Menangislah Untuk Curahkan Segala Isi hati

Banyak menangis. Saya terpaksa keluarkan segala isi hati dengan tangisan berpanjangan. Sebulan diceraikan, saya nangis hampir setiap hari. Setahun dua pun saya masih menangis lagi.

But this is what we called the healing process. Menangis boleh akhirnya merawat sedikit luka hati. Lama² kita tak akan menangis dah.

5. Belajar Uruskan Kehidupan Sendiri

Belajar uruskan anak dan kehidupan. Mula membayar segala bil, uruskan perbankan, dan belajar untuk mengawal bajet bulanan. Sebelum ini, bekas suami yang kawal kuasa wang saya. Jadi saya mula menjaga apa yang boleh dijaga.

6. Luangkan Lebih Masa Dengan Keluarga

Habiskan masa dengan anak dan keluarga. Mereka tetap ada bersama kita. Suami bukan punya ikatan darah, andai bercerai teruskanlah hidup. Kita masih ada keluarga nak mengadu dan berkongsi kesedihan. Yang penting kita ada Allah.

7. Kembali Kepada Yang Maha Esa

Hijrah dan taubat dengan sesungguhnya. Saya sedar ini adalah balasan kafarah dosa. Saya manusia hina banyak buat silap atas bumi milik Allah. Jadi saya perbaiki diri, solat, tutup aurat dengan sempurna, jaga amal ibadat dan belajar mengaji lagi.
Rupanya, bila kita nak jadi baik, Allah temukan dengan org yang baik. Banyakkan berdoa agar Allah bantu kita dengan ujian ini.

Alhamdulillah sekarang saya bahagia. Itu sahaja perkongsian sahaja untuk hari ini. Semoga mereka yang pernah mengalami, sedang mengalami kesedihan ini akan disembuhkan luka hatinya oleh Allah swt. Insha Allah Aamiin.

Semoga wanita ini terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang dan segala urusannya dipermudahkan.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0