in

Aaron Aziz Terlantar Di Hospital, Kongsi Detik Cemas Nyawa Seperti Ingin Dicabut Illahi

Semua peminat pelakon lelaki terkenal Aaron Aziz terkejut dengan pendedahan terbaru beliau melalui laman sosial Instagram miliknya yang menyatakan beliau mengalami satu detik cemas yang seakan merasai nyawanya seolah-olah ingin dicabut serta diambil Ilahi.

Melalui posting di akaun rasmi miliknya itu, Aaron Aziz dilihat berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan beliau sedang terlantar di sebuah hospital yang menyebabkan rata-rata pengikutnya di laman itu merasa terkejut dengan kenyataan terbaru beliau sejak semalam.

Menurut pelakon yang pernah memenangi Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu, menceritakan keadaan tersebut membuatkan dia merasa seperti hendak tumbang dan putus nyawa.

“Baru je buat video tentang org sakit. Smlm Tiba Tiba temp naik 39.3..anak anak dah nangis. Felt like it was my time to go.

“Funny thing was at work we talking about #AdamMukhriz bertarung nyawa utk keluarga. Last night ALLAH gave me a lesson I will never forget.

“It came like the wind and body total shutdown. But in my Head was nothing but my kids n family. Told ALLAH pls my work not done. Pls don’t take me back like this,” tulisnya.

Bersama keluarganya di Masjid Quba

Tambahnya lagi, semuanya berlaku selepas suhu badannya naik secara mendadak semenjak malam-semalam.

Dalam keadaan tidak bermaya itu apa yang terlintas di fikirannya hanyalah anak-anak dan keluarganya, katanya.

Aaron Aziz dan isteri serta anaknya ketika di Mekah
Aaron dan isterinya Diyana Halik

Aaron turut berdoa agar Tuhan tidak mengambil nyawanya dengan cara sebegini kerana masih lagi banyak perkara yang beliau belum selesaikan.

Menerusi posting tersebut juga, rata-rata peminat setianya turut mendoakan agar Aaron kembali sihat dan berkerja seperti biasa.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0