in

Abang angkat tolong adik, barang abang yang kena angkat pulak dah!!

Abang angkat tolong adik, barang abang yang kena angkat pulak dah!!

Muhammad Asyraf memohon jasa baik orang ramai untuk mengesan lelaki yang mencuri barang bengkel miliknya.
SUSU yang diberi, namun tuba pula yang dibalas.

Itulah perumpamaan sesuai bagi menggambarkan nasib pemuda ini selepas lelaki yang dianggap seperti ahli keluarga sendiri tergamak menikamnya daripada belakang.

Memperincikan kisah malang yang menimpanya, Muhammad Asyraf A. Rahim berkata dia sama sekali tidak menyangka pemuda yang dibantu sejak dua tahun lalu sanggup mengambil kesempatan sewaktu ketiadaannya dengan mencuri dan menjual peralatan bengkel miliknya.

BACA : Buat Majlis Untuk Murid, Yang Dirai VVIP Makan Di Khemah Mewah. Murid Bersila Di Lantai

“Saya mula mengenali lelaki bernama Mohd Naqed Hafizi ni pada 2020 disebabkan dia bekerja di sebuah kedai mamak berdekatan bengkel saya. Apabila selalu bersembang, dia bercerita fasal dirinya kepada saya.

“Menurutnya, dia sebatang kara dan merantau bekerja di Melaka selepas dibuang keluarga. Dia mengaku pernah terlibat kes polis kerana memiliki motor curi. Dia kemudian dipenjarakan kerana kes itu.

Hantaran mengenai kes kecurian yang turut dikongsi di laman Facebook Melaka Kini.

“Setahun masuk penjara, dia dibebaskan pada Januari 2021. Dia keluar saja, terus dia cari saya di bengkel,” kata pemuda berusia 31 tahun ini yang menetap di Taman Krubong Perdana, Melaka.

Bersangka baik terhadap lelaki berkenaan yang disangka sudah insaf, Muhammad Asyraf berkata dia tidak keberatan untuk menumpangkannya di bengkel buat sementara waktu.

“Dia tiada tempat tinggal sejak keluar penjara jadi saya pun beri dia tumpang sebuah bilik di bengkel. Kita tolong atas dasar kawan. Bukan itu saja, makan dia pun boleh kata saya tanggung

Kereta Proton Iswara milik bapa Muhammad Asyraf turut dilarikan adik angkatnya.

“Ketika itu dia kerja jual air minuman dengan seorang rakan lain. Kemudian dia berhenti apabila ada masalah di tempat kerjanya. Disebabkan nak bantu dia, saya siap bagi modal untuk dia buat bisnes jual air sebab dia mahir bidang tu.

“Barang-barang seperti balang air dan sebagainya pun saya sediakan. Dia mula bisnes tu pada Ramadan tahun lalu hinggalah Ramadan tahun ini. Keuntungan kami bahagi berdua,” ceritanya panjang lebar.

Muhammad Asyraf berkata sepanjang tempoh berkenaan, lelaki berusia 25 tahun itu bukan sahaja rapat dengannya, malah turut rapat dengan keluarga serta rakan-rakannya.

Kami hanya doa dan cuba viralkan di media sosial kerana tak nak orang lain pula jadi mangsa. Bagi saya dia lebih hina daripada iblis.
MUHAMMAD ASYRAF A. RAHIM
PEMILIK BENGKEL
Tiada sebarang kelakuan atau tindakan aneh yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan sehinggalah dia menunjukkan ‘belang’ sebenar ketika Muhammad Asyraf pulang beraya ke kampung halaman isterinya di Sabah sempena Aidilfitri baru-baru ini.

“Saya dah lama tak balik beraya sebelah keluarga isteri di Sabah, jadi tahun ini kami pulang sambut Aidilfitri di sana. Manakala lelaki ini pula beraya dengan keluarga saya di sini sebab dah rapat.

“Betapa liciknya dia susun perancangan, sebelum saya pulang ke Melaka dari Sabah, dia dah lesap. Pada 12 Mei saya tiba di Melaka, memang dah tak sedap hati. Lebih-lebih lagi ayah saya beritahu dia tak dapat hubungi lelaki itu.

Laporan polis dibuat sejurus selepas Muhammad Asyraf menyedari kes kecurian di bengkelnya.

“Apabila dah sampai rumah kemas barang, saya terus menuju ke bengkel. Sebaik saya buka pintu bengkel, memang terduduk… keadaannya lain seperti yang saya tinggalkan sebelum ini.

“Banyak barang bengkel yang dia rembat antaranya dua set injection MMC, satu set bolt on turbo, crankshaft Waja 4G18, minyak hitam, filter dan sebuah kereta Proton Iswara berwarna putih milik ayah yang diletakkan di bengkel ini,” katanya.

Menurut Muhammad Asyraf, anggaran kerugian yang dialaminya bernilai melebihi RM10,000.

“Penat balik dari Sabah belum hilang, ada pula hal lain. Benda yang terlintas di kepala, saya tertanya ‘kenapa kau buat aku macam ni?’.

“Saya percaya bukan dia seorang tapi dia buat ‘kerja’ dengan bantuan orang lain,” katanya lagi.

Antara komen netizen yang turut bersimpati dengan nasib Muhammad Asyraf.

Tambah Muhammad Asyraf, dia terus membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut pada malam yang sama.

“Sekarang ini dia masih dalam buruan polis. Kami hanya doa dan cuba viralkan di media sosial kerana tak nak orang lain pula jadi mangsa. Bagi saya dia lebih hina daripada iblis.

“Selepas viral di media sosial, ada info yang saya dapat beritahu dia ni pernah terlibat beberapa kes jenayah. Tapi dia tak pernah cerita… iyalah, kalau dia cerita memang saya tak ambil dan tak bantu dia dulu.

“Harapan saya agar dia diberkas dan diberi hukuman yang setimpal. Dan saya harap kalau boleh barang-barang yang dicuri itu ditemui semula dengan selamat,” katanya lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang di berikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0