in

Lelaki ini Dilahirkan Tanpa Tangan & Kaki Tetapi Gambar-Gambarnya Menceritakan Suka Duka Kehidupannya Yang Hebat

Siapa sangka sebuah gambar yang begitu cantik dan indah tersimpan seribu cerita di sebaliknya yang begitu menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihat dan membacanya.

Setiap orang di dunia ini dikurniakan keistimewaan, bakat dan kelebihan masing-masing yang tersendiri. Kelemahan yang tetap ada pada seseorang itu mungkin menjadi hikmah yang begitu besar terhadap dirinya untuk lebih maju ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Seperti yang terjadi kepada lelaki ini, seorang jurugambar yang amat hebat dan handal, Achmad Zulkarnain dari Indonesia, tiada siapa yang tahu dan menyangka lelaki yang tidak mempunyai tangan dan kaki ini mempunyai bakat yang luar biasa tersembunyi.

Memetik laporan Metro, Achmad Zulkarnain telah pun membuktikan dirinya seorang jurugambar yang hebat setanding dengan semua jurugambar profesional yang lain, malah setiap gambar yang telah diambilnya itu tidak pernah kalah dengan hasil yang diberikan oleh jurugambar lain.

Apa yang mengejutkan ramai, Achmad dilaporkan melakukan proses suntingan atau editing gambar yang diambilnya itu di Cyber Cafe, tetapi hasil yang diperolehi sungguh membanggakan ramai dan menarik perhatian netizen yang begitu kagum dengan kebolehannya.

Terdapat banyak gambar-gambar miliknya yang dilihat sangat luar biasa termasuklah sekeping gambar yang dipercayai diambil di puncak gunung Ijen, kira-kira 2800 meter dari aras laut.


Ianya ternyata adalah satu inspirasi yang sangat besar dan malulah kepada anak muda yang lain yang tidak mahu memajukan diri serta tidak ingin melakukan apa-apa kerja dek kerana malas atau pun tidak selari dengan bidang yang telah dipelajari di universiti.

Rata-rata netizen yang menyaksikan sendiri gambar dan rakaman video Achmad Zulkarnain dilihat begitu menyentuh hati sehingga ada yang turut mendoakan untuk kebaikan dan kemajuannya di masa hadapan.

Thnks to @diana_barbie27

A post shared by bang_dzoel (@bangdzoel_) on

A post shared by bang_dzoel (@bangdzoel_) on

Semoga Achmad Zulkarnain terus berjaya di masa depan.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0