in

Adab-adab Berzikir Kepada Allah (Penenang Hati dan Membersihkan Jiwa)

adab-adab berzikir dan amalan zikir

Pasti ada yang bertanya mengapa doa yang dipohon kepada Allah tidak dikabulkan sedangkan hampir semua amalan dilakukan, tetapi masih lagi tak dapat apa yang diinginkan. Mungkin juga amalan zikir yang kita rasakan betul tetapi rupanya salah, jadi perbetulkan dahulu dimana silapnya dan antaranya yang harus diberi perhatian adalah adab-adab berzikir kepada Allah SWT.

Adab-adab berzikir kepada Allah amat dikasihiNya kerana Allah amat menyukai orang yang melakukan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya. Dua syarat untuk sesuatu amalan yang diterima oleh Allah iaitu yang pertama Ikhlas kerana Allah dan keduanya dilakukan dengan mencontohi Rasulullah SAW. Kedua-dua syarat penting ini WAJIB ada agar amalan kita tidak ditolak oleh Allah.

Adab-adab Berzikir Kepada Allah SWT

zikir penenang hati dan rezeki sebab perlunya beradab ketika berzikir
Bacaan ayat suci Al-Quran dan zikir adalah ubat penenang hati yang amat mujarab.

Maksud atau pengertian zikir pula adalah mengingati Allah dengan hati, lisan dan juga perbuatan. Ianya adalah sangat penting untuk menghubungkan antara manusia dengan penciptanya. Amalan zikir adalah satu amalan khusus yang dilakukan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

  1. Menyebut lafaz zikir dengan betul dan memahami maksud lafaz zikir
  2. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
  3. Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat nas al-Quran dan Hadis
  4. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
  5. Menggunakan suara yang perlahan
  6. Perbanyakkan zikir dalam suasana genting
  7. Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
  8. Tidak berzikir semasa qada hajat

Mengapa perlu beradab ketika berzikir

  1. Supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain
  2. Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat
  3. Selaras dengan sunnah Rasulullah SAW
  4. Supaya zikir diterima Allah
  5. Berdisiplin dalam menunaikan ibadat

Hikmah beradab ketika berzikir

  1. Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya
  2. Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang
  3. Mendidik jiwa supaya sentiasa mengingati Allah
  4. Mendapat pahala

Kerugian kepada orang yang tidak berzikir

  1. Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah
  2. Mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu
  3. Lupa tanggungjawab terhadap agama
  4. Berada dalam keadaan gelisah
amalan zikir harian yang mudah
Bacaan zikir harian yang perlu diamalkan dalam kehidupan. – Kalam Diri

Baca : Amalan Murah Rezeki Paling Mustajab (Pembuka Rezeki)

Berikutnya dikongsikan juga perkongsian dari saudara Hannafi iaitu berkaitan dengan adab-adab berzikir kepada Allah SWT berserta kajian adab Islam yang ringkas yang telah beliau kongsikan di laman sosial.

Bismillah,

Ihkwah fillah, setiap manusia pasti inginkan ketenangan ada pada hatinya maka ketenangan yang hakiki adalah dengan sentiasa membaca Al-Quran dan berzikir mengingati Allah SWT untuk itu Allah Ta’ala telah Berfirman :

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ

“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” [QS.Ar-ra’ad ayat 28]

Dan diantara jalan untuk sentiasa bersama Allah dalam pengawasan-Nya, dan agar boleh mengagungkan-Nya di setiap keadaan adalah dengan amalan dzikir ini .

Antara KEUTAMAAN BERZIKIR

Allah Ta’ala berfirman:

فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ

“Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan rahmat dan pengampunan). Dan bersyukurlah kepadaKu, serta jangan ingkar (pada nikmatKu)”. [Q.S. Al-Baqarah, 2:152]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

“Hai, orang-orang yang beriman, berzikirlah yang banyak kepada Allah (dengan menyebut namaNya)”. [Q.S. Al-Ahzaab, 33:42].

ِ وَٱلذَّٰكِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا وَٱلذَّٰكِرَٰتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةًۭ وَأَجْرًا عَظِيمًۭا

“Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang agung”. [Q.S. Al-Ahzaab, 33:35].

وَٱذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًۭا وَخِيفَةًۭ وَدُونَ ٱلْجَهْرِ مِنَ ٱلْقَوْلِ بِٱلْغُدُوِّ وَٱلْءَاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلْغَٰفِلِينَ

“Dan sebutlah (nama) Rabbmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (pada seksaan-Nya), serta tidak mengeraskan suara, di pagi dan petang hari. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”. [Q.S. Al-A’raaf, 7:205].

Rasulullah bersabda:

مَثَلُ الَّذِيْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ

“Perumpamaan orang yang ingat akan Rabbnya dengan orang yang tidak ingat Rabbnya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.” [HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari 11/208]

أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيْكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِيْ دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوْا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوْا أَعْنَاقَكُمْ))؟ قَالُوْا بَلَى. قَالَ: ((ذِكْرُ اللهِ تَعَالَى

“Mahukah kamu, aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu (Allah), dan paling mengangkat drajatmu; lebih baik bagimu dari infaq emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?” Para sahabat yang hadir berkata: “Mahu (wahai Rasulullah)!”

Beliau bersabda:

“Zikir kepada Allah Yang Maha Tinggi”. [HR. At-Tirmidzi 5/459, Ibnu Majah 2/1245. Lihat pula Shahih Tirmidzi 3/139 dan Shahih Ibnu Majah 2/316.]

Rasulullah bersabda:

يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: ((أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِيْ بِيْ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِيْ، فَإِنْ ذَكَرَنِيْ فِيْ نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِيْ نَفْسِيْ، وَإِنْ ذَكَرَنِيْ فِيْ مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِيْ مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِيْ يَمْشِيْ أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً)).

Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingatKu dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka.

adab untuk berzikir kepada Allah
Selain amalan zikir, doa juga wajib dilakukan untuk memohon kebaikan dari Allah.

Bila dia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat”. [HR. Al-Bukhari 8/171 dan Muslim 4/2061. Lafazh hadits ini riwayat Al-Bukhari.]

وَعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ شَرَائِعَ اْلإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ فَأَخْبِرْنِيْ بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ. قَالَ: ((لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللهِ)).

Dari Abdullah bin Busr Radhiallahu’anhu, dia berkata: Bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai, Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam telah banyak bagiku, oleh kerana itu, beritahulah aku sesuatu buat pegangan”.

Beliau bersabda:

“Tidak hentinya lidahmu basah kerana zikir kepada Allah (lidahmu selalu mengucapkannya).” [HR. At-Tirmidzi 5/458, Ibnu Majah 2/1246, lihat pula dalam Shahih At-Tirmidzi 3/139 dan Shahih Ibnu Majah 2/317]

Rasulullah bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لاَ أَقُوْلُ: {الـم} حَرْفٌ؛ وَلَـكِنْ: أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلاَمٌ حَرْفٌ، وَمِيْمٌ حَرْفٌ

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, akan mendapatkan satu kebaikan. Sedang satu kebaikan akan dilipatkan sepuluh semisalnya. Aku tidak berkata: Alif laam miim, satu huruf. Akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” [HR. At-Tirmidzi 5/175. Lihat pula Shahih At-Tirmidzi 3/9 dan Shahih Jaami’ush Shaghiir 5/340]

وَعَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ رَسُوْلُ اللهِ وَنَحْنُ فِي الصُّفَّةِ فَقَالَ: ((أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يَغْدُوَ كُلَّ يَوْمٍ إِلَى بُطْحَانَ أَوْ إِلَى الْعَقِيْقِ فَيَأْتِيْ مِنْهُ بِنَاقَتَيْنِ كَوْمَاوَيْنِ فِيْ غَيْرِ اِثْمٍ وَلاَ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ؟ )) فَقُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ نُحِبُّ ذَلِكَ. قَالَ: ((أَفَلاَ يَغْدُوْ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَيَعْلَمَ، أَوْ يَقْرَأَ آيَتَيْنِ مِنْ كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ خَيْرٌ لَهُ مِنْ نَاقَتَيْنِ، وَثَلاَثٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلاَثٍ، وَأَرْبَعٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَرْبَعٍ، وَمِنْ أَعْدَادِهِنَّ مِنَ اْلإِبِلِ)).

Dari Uqbah bin Amir Radhiallahu’anhu, dia berkata: “Rasulullah keluar, sedang kami di serambi masjid (Madinah). Lalu beliau bersabda:

“Siapakah di antara kamu yang senang berangkat pagi pada tiap hari ke Buthhan atau Al-Aqiq, lalu kembali dengan membawa dua unta yang besar punuknya, tanpa mengerjakan dosa atau memutus sanak?” Kami (yang hadir) berkata: “Ya kami senang, wahai Rasulullah!”

Lalu beliau bersabda:

“Apakah seseorang di antara kamu tidak berangkat pagi ke masjid, lalu memahami atau membaca dua ayat Al-Qur’an, hal itu lebih baik baginya daripada dua unta.

Dan (bila memahami atau membaca) tiga (ayat) akan lebih baik daripada memperoleh tiga (unta).

Dan (bila memahami atau mengajar) empat ayat akan lebih baik baginya daripada memperoleh empat (unta), dan demikian dari seluruh bilangan unta.” [HR. Muslim 1/553]

Rasulullah bersabda:

مَنْ قَعَدَ مَقْعَدًا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ فِيْهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللهِ تِرَةٌ، وَمَنِ اضْطَجَعَ مَضْجَعًا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ فِيْهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللهِ تِرَةٌ

“Barangsiapa yang duduk di suatu tempat, lalu tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, pastilah dia mendapatkan hukuman dari Allah dan barangsiapa yang berbaring dalam suatu tempat lalu tidak berzikir kepada Allah, pastilah mendapatkan hukuman dari Allah.” [HR. Abu Dawud 4/264; Shahihul Jaami’ 5/342.]

مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللهَ فِيْهِ، وَلَمْ يُصَلُّوْا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلاَّ كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةٌ، فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ

“Apabila suatu kaum duduk di majlis, lantas tidak berzikir kepada Allah dan tidak membaca selawat kepada Nabinya, pastilah ia menjadi kekurangan dan penyesalan mereka, maka jika Allah menghendaki bisa menyiksa mereka dan jika menghendaki mengampuni mereka.” [Shahih At-Tirmidzi 3/140.]

مَا مِنْ قَوْمٍ يَقُوْمُوْنَ مِنْ مَجْلِسٍ لاَ يَذْكُرُوْنَ اللهَ فِيْهِ إِلاَّ قَامُوْا عَنْ مِثْلِ جِيْفَةِ حِمَارٍ وَكَانَ لَهُمْ حَسْرَةً

“Setiap kaum yang berdiri dari suatu majlis, yang mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, maka mereka laksana berdiri dari bangkai keldai dan hal itu menjadi penyesalan mereka (di hari Kiamat).” [HR. Abu Dawud 4/264, Ahmad 2/389 dan Shahihul Jami’ 5/176.]

Baca : Zikir Ketika Memasak Untuk Suami dan Anak, Bahagia Rumah Tangga

Adab-Adab Berzikir Ringkas

1. Ikhlas kerana Allah Ta’ala

2. Memperbanyakkan zikir

3. Padukan antara hati, lisan, dan perbuatan ketika berzikir (termasuk menghitung jumlah zikir dengan ruas jarinya bukan dengan biji-bijian)

4. Berkumpul untuk berzikir iaitu mempelajari Al-Quran dan Sunnah (bukan berzikir dengan berjemaah yang dipimpin satu orang )

5. Menangis dan melembutkan hati ketika berzikir terutama ketika sendiri mengingat Allah Ta’ala (bukan yang dimaksudlan menangis berteriak teriak ketika berzikir berjama’ah yang cenderung kepada riak’)

6. Memperbanyakkan dzikir dengan membaca Al-Quran

7. Meninggalkan zikir–zikir yang dilarang yang tidak dicontohkan oleh Rasul

8. Memperbanyakkan Istiqfar (kerana Rasul beristighfar dalam sehari mencapai seratus kali)

9. Bersemangat membaca bacaan zikir-zikir Matsurat (yang disyariatkan agama)

Wallaahu a’lam bisshowab. Adab berzikir dari Hannafi di Facebook

Zikir Hasbi Rabbi daripada Khai Bahar berserta dengan lirik yang patut kita dengarkan setiap hari. Sebak dan sayu sekali alunan suara penyanyi ini. Semoga ada keinsafan dalam diri kita. Ini juga salah satu dan amalan zikir yang menjadi penenang hati yang boleh kita buat tanpa rasa jemu. Insha Allah.

Semoga perkongsian adab berzikir ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan untuk sesiapa yang masih belum tahu atau yang ingin memperbanyakkan lagi ilmu mereka. Marilah kita sama-sama mengamalkan amalan zikir seperti ini dengan niat untuk insan yang lebih baik di sisi Allah SWT. Semoga bermanfaat.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0