in ,

Yang Masih Ada Adik-Beradik Harus Baca Ni, Jangan Kongsi Selagi Tak Habis Baca!

hubungan adik-beradik

Apabila adik beradik semakin meningkat dewasa, masing-masing akan mengejar impian masing-masing. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang. Namun, janganlah sampai kita mengabaikan hubungan adik beradik meskipun sudah berbeza haluan. Kenangkan kembali zaman kanak-kanak kita membesar bersama-sama di bawah bumbung rumah yang sama.

adik beradik

Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu. Sebab tu penting jaga hubungan dengan adik-beradik.

Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih. Bantulah adik-beradik kita, sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat kata Nabi SAW.

pesan nabi kepada umatnya
© Koleksi Viral

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi saya tak nak tag nama dia. Nama dia haris. Baru umur 40 lebih. Tapi kaya raya. Rumah besar nak mati. Suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu saya. Dia kata;

“Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya.”

Tapi bila dah kenal agama sikit-sikit ni. Hidup saya berubah banyak. Saya banyak bantu adik beradik. Rupa-rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik-beradik saya.

pesan ibu
© Koleksi Viral

“So, khalil kalau ada adik-beradik susah bantulah mereka.. Tengoklah Allah bagi rezeki kat you melimpah ruah.”

Terus teringat seorang ustaz kata;

“Salah satu punca hidup kita sempit, susah, sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga.” Ya Allah. Takutnya.”

Sedih lihat, ada adik beradik yang tak bertegur sapa bertahun-tahun. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan adik-beradik kita walaupun kita tak salah. Allah akan tinggikan darjat kita. Tak hina pun orang yang meminta maaf.

mutiara kata adik-beradik
© Koleksi Viral

Ustaz saya kata;

“Kita cepat maafkan orang kat dunia ni, Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.”

Ya Allah.. Jadikanlah kami adik-beradik yang akan bersama dalam syurga nanti.

Ya Allah. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik. Rahmatilah kami adik-beradik. Ya Allah ampunilah dosa adik-beradik kami. Kalau mereka ada buat salah pada kami. Amiiin.

Jadi, jaga hubungan adik beradik sehingga ke akhir hayat, sesungguhnya tak rugi kalau kita berbuat sesama saudara sedarah sedaging dengan kita. Semoga hubungan kekeluargaan kita akan berpanjangan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat kita. Amin. Kongsilah dengan adik-beradik kita.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Comments