in

“Adoi berbalah pulak daahhh” Wanita ini tampil jelaskan ‘peny4kit’ sebenar Ustaz Kazim

“Adoi berbalah pulak daahhh” Wanita ini tampil jelaskan ‘peny4kit’ sebenar Ustaz Kazim

Adoi berbalah pulak daahhh GARA-GARA menulis satu komen di status Facebook Datuk Mohd Kazim Elias, pelakon Aeril Zafrel menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak mempercayai perkongsian pendakwah bebas tersebut.

Menerusi ruangan komen di Facebook, Aeril mahu mendapatkan kepastian tentang penyakit misteri dialami Kazim memandangkan perkongsian pendakwah berkenaan tidak jelas.

“Shooting kan ni ustaz?

BACA : Subahanallah Tengok Beza Dalam Dan Luar Rumah Ini, Luar Setinggan Dalam Condo

“Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi,” tulisnya.

Soalan Aeril menerima pelbagai reaksi netizen yang meminta dia tidak bergurau tentang isu tersebut.

Adoi berbalah pulak daahhh

Rata-rata netizen yakin apa yang dikongsikan adalah benar dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan Kazim kembali pulih seperti biasa.

“Ini bukan shooting. Ustaz Kazim dah menanggung sakit. Macam-macam orang buat kat ustaz… Doakan kesembuhan ustaz. Bukan bergurau.

Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi

“Bukan… ini buatan hasad dengki orang terhadap Ustaz.

“Bukan tempat bergurau ni brother.

“Ustaz tiada masa nak bergurau bab begini.

“Ada masa bergurau, ada masa serius bro.

“Tak lawak bro.. tak kan ustaz nak main-main bab ini,” komen netizen.

Pertanyaan Aeril tentang s4kit Kazim.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook di kenalai sebagai Athilla D’hun, tampil menjelaskan yang Ustaz Kazim kini sedang menjalani pengambaran filem

Adoi berbalah pulak daahhh

 

“Adoilahh korangggg… Tadi up benda ni kat memana, sekilas aku da tau tu sfx jela weiiii… Cer ko tgkla buatan (silikon/ prosthetic etc) dia nmpk je edges dia kat tepi tu.
Ustaz tu tgh shooting dgn mawi kan si anju pn kene hire blakon sama jd ustajah. Cerita psl ustaz kazim juga. Tajuknya ZIM ZIM ALA KAZIM. Kalau betol dia tenat xkan masa terdekat dia gagah pi pelancaran filem, pi datang shooting (gambar kat bawah). Yg peritnya dah ramai plk perawat segala bomoh nak pi tolong rawat dia. Alhamdulila baguslah. Cuma nak bgtau.. Tu berlakon je. Maybe ustaz pn terpegun tgk sfx tu dia up status mcm tu

Apapun tahniah mua sfx nya smpi terkabur netijen.. Aeril Zafrel kasian ko aeril jan ko susah im with u (wawa minggir dulu)”

“Adoi berbalah pulak daahhh.. Ok lah aku bg ayat mudah supaya takda fitnah,Betol ustaz sakit. Mmg ada saki baki sakit/ kecederaan dia dulu kat kulit dia. (ni mua tu tulis ye aku cb bagi phm) tapi… UTK JD LBH ARTISTIK, REALISTIK FANTASTIK kita kene mekap jg kasi tmbh utk nmpk realistik di skrin. Kang esok tak real korg jg marah mua haaaa… So yg ustaz tu up adalah kecederaan sfx.. U can see the colors there. Barangkali caption yg dia maksudkan Adalah sakit dia dahulu. Ni yg aku phm.. Ingat ehh stiap ayat ada subteks disebaliknya. Jgn baca ikut apa kita phm. Hanya ustaz shj tau apa cb dia sampaikan
Sekian dan kesian”

Terdahulu, Kazim berkongsi gambar di laman sosial memperlihatkan tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil namun tidak menjelaskan penyakit sebenar yang dialami.

Beliau turut meminta mana-mana pihak membantu mengubati penyakit misteri yang dihidapinya itu.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap keadaannya itu dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh.

Difahamkan pendakwah selebriti itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen Kazim dan Mawi berkaitan perkara tersebut masih gagal kerana kedua-dua mereka tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej.

MAWI FILEMKAN KISAH DATUK KAZIM ELIAS

Artis serba boleh, Mawi terus mengorak langkah menghasilkan filem ketiga, Zim Zim Ala Kazim.

Adoi berbalah pulak daahhh

Filem inspirasi kisah benar kehidupan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias terbitan Mawi World Entertainment dengan kerjasama AH 77. Ia dijangka menemui penonton sempena sambutan Maulidur Rasul.

Mawi berkata, idea menterjemahkan kisah benar pendakwah terkenal itu berlaku secara kebetulan ketika bertemu Ustaz Kazim di konti stesen radio Zayan yang dikendalikannya, beberapa bulan lalu.

Katanya, dia banyak bertanya Ustaz Kazim banyak perkara termasuk ujian hidup termasuklah penyakit misteri yang dilalui.

“Saya percaya banyak pengalaman Ustaz Kazim boleh dijadikan iktibar dan inspirasi. Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada perjalanan hidupnya.

“Ujian pernah saya lalui cukup besar, namun ujian Ustaz Kazim lagi hebat. Apabila rasa sudah teruk berdepan ujian hidup, sebenarnya ada lagi yang hebat diuji.

“Apabila diuji, ia menandakan Allah menyayangi kita. Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan diri sendiri. Hidup pula tidak selalu indah, ada kala kita berdepan ujian, cabaran dan dugaan di luar jangkaan,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada pelancaran majlis filem Zim Zim Ala Kazim di ibu kota, baru-baru ini.

Jelas Mawi, keinginannya mahu menterjemahkan pengalaman hidup Ustaz Kazim disambut baik.

“Saya berseloroh dengan Ustaz Kazim. Kalau saya nak buat filem kisah hidup ustaz boleh ke? Tak sangka pula cadangan saya diberikan lampu hijau. Ustaz Kazim balas, ikut suka hatilah.

“Daripada berbual selama dua tiga jam, saya terus berkelana ke kampungnya di Perak untuk meninjau dan menelusuri lokasi Ustaz Kazim membesar,” kata pengarah filem Tiada Tajuk dan Hantu Kuat Ketawa ini.

Filem menelan bajet sebanyak RM500,000 itu dijangka memulakan penggambaran di Perak pada 9 Mei ini.

“Saya dan pasukan produksi terkejut dengan cara Ustaz Kazim ketika sesi bacaan skrip. Caranya melontarkan skrip ibarat boleh terus memulakan penggambaran.

“Bukan saja-saja nak mengadakan cerita atau membodek. Namun, lakonan Ustaz Kasim sangat ‘natural’. Bagi saya, berlakon bukan kerja mudah,” kata Mawi yang baru sahaja muncul dengan lagu duet, Qasidah Untuk Qamila bersama Shahir Zawawi.

Kata Mawi, dia juga sedang mempertimbangkan menayangkan filem Zim Zim Ala Kazim di pawagam jika bersesuaian dengan keadaan.

“Saya akui, kena tengok keadaan jika nak tayang filem ke pawagam. Mungkin menjelang Oktober depan, ramai ‘kaki wayang’ yang sudah mula serbu pawagam, jadi saya boleh mempertimbangkan.

“Saya tetap ‘shoot’ filem dalam format dan resolusi 4K. Jadi, jika ada perancangan membawa filem ke pawagam, sudah tentu ia tidak akan menjadi halangan. Apapun, ini hanya perancangan.

“Filem ini hanya menelan belanja RM500,000. Jika mahu mendapatkan dana yang ditawarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), kos kena mencecah RM1 juta.

Adoi berbalah pulak daahhh

“Jadi, tengok dahulu keadaan jika ada perubahan, saya mahu mohon dana,” katanya.

Sementara itu, Ustaz Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah beraksi di hadapan kamera.

“Saya tiada kesempatan memasuki kelas lakonan sebagai persediaan membintangi filem. Namun, saya akan cuba melakukan yang terbaik dan menjadi diri sendiri.

“Ikutkan tuntutan kerja dan pengalaman sebagai penceramah tidak sama dengan berlakon. Tetapi, saya bersyukur filem ini mengetengahkan saya buat kali pertama sebagai hero,” katanya.

Ustaz Kazim berkata, dia pernah membintangi filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan Allahyarham Mamat Khalid dan muncul dalam program televisyen.

“Sebenarnya, saya pernah ditawarkan berlakon filem sejak 2005. Cuma, saya mahu tumpu kepada bidang dakwah.

“Saya ditawarkan tiga projek filem, namun ada yang senyap begitu sahaja. Sehinggalah saya bertemu Mawi, dia benar-benar berminat membawa kisah hidup saya ke layar perak.

“Saya percaya olahan penceritaan Mawi dan kerja seninya yang boleh menyampaikan mesej mampu membawa kisah saya sebagai panduan,” kata Ustaz Kazim.

Selain Ustaz Kazim, filem Zim Zim Ala Kazim turut menampilkan Mawi bersama Along Cham, Anas Tahir, Santesh, Zarina Anjoulie, Syanie Hisham dan ramai lagi.

Ia dijangka ditayangkan menerusi saluran Astro First pada Oktober depan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Ustaz Kazim tidak kesempatan memasuki kelas lakonan, namun, cuba melakukan terbaik dalam filem yang kali pertama mengangkatnya sebagai hero. – NSTP/Fariz Iswadi Ismail

kredit: mstar, bharian

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0