in

Pelakon Aeril Zafrel Dikecam Netizen Selepas Dikatakan Menunjukkan Isyarat Jari Tengah Ketika Sesi Penggambaraan

Apabila seseorang itu bergelar artis, secara automatik segala kelakuan dan tingkah laku artis terbabit pasti akan menjadi perhatian ramai dan juga media sosial yang bertindak sebagai tempat sebaran segala berita terkini.

Dek kerana perkara tersebutlah, ramai artis dikatakan sangat berjaga-jaga dan berhati-hati ketika mereka ingin mendedahkan kehidupan peribadi mereka kepada umum agar tidak dijadikan bahan kecaman para peminat.

Inilah yang telah berlaku kepada pasangan pelakon terkenal tanah air Aeril Zafrel dan Wawa Zainal setelah mereka menerima pelbagai kecaman dan reaksi dari netizen di laman Instagram selepas mereka memuat naik gambar yang dikatakan tidak senonoh itu.

Menurut laporan Astro Gempak, gambar tersebut dirakamkan ketika sesi penggambaran dan telah dimuat naik ke laman Instagram milik Wawa Zainal dan kecaman demi kecaman diterima apabila Aeril dikatakan menunjukkan isyarat jari tengahnya.

Malah, bukan itu sahaja, Wawa juga dikatakan turut menjadi mangsa kritikan pengikutnya kerana kuku Wawa dikatakan panjang dan trend tersebut adala langsung tidak sesuai bagi seorang artis muslimah sepertinya.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen turut membela Aeril dan turut menyatakan pendapat mereka bahawa Aeril tidak tahu isyarat yang ditunjukkannya itu sebagai lucah.

Selain itu, Wawa turut membidas kritikan oleh netizen dengan memberitahu bahawa dia sebenarnya menggunakan kuku palsu bagi tujuan lakonan ketika penggambaran.

Apa pun semoga perkara ini diselesaikan dengan baik. Seseorang artis yang diminati ramai harus berhadapan perkara sebegini apabila menjadi orang terkenal.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0