in

Air Garam Boleh Hilangkan Sakit Tekak & Bersihkan Dalam Mulut – Pakar

Cara hilangkan sakit tekak dan batuk

Tiada sesiapa pun yang inginkan tekak sakit yang menyebabkan kerongkong menjadi tidak selesa yang kadangkala sukar untuk bernafas dan ingin hilangkan sakit tekak dengan cepat. Punca kesakitan ini berlaku adalah daripada jangkitan virus atau bakteria yang menyerang sehingga terkadang menjadi demam dan batuk jika ia menjadi lebih serius.

Jika ada tanda-tanda komplikasi sakit tekak yang berpanjangan dan semakin teruk sehingga menyebabkan kesakitan pada sendi-sendi, anda memerlukan rawatan dan segera berjumpa doktor untuk merawat atau sekurang-kurangnya untuk mendapatkan ubat yang bersesuaian dengan anda.

Air Garam Boleh Hilangkan Sakit Tekak?

Walau bagaimanapun, jika anda sakit tekak bila menelan atau baru saja mengalami kesakitan di kerongkong ini, adalah lebih baik anda mencegah atau mengatasinya terlebih dahulu sebelum ia menjadi lebih serius lagi seperti yang disarankan oleh Doktor Pakar Telinga, Hidung Tekak iaitu Dr Ezairy Sallih ini.

Menurut beliau, apabila tekak sakit dalam keadaan yang tidak serius, anda boleh mengamalkan dengan berkumur dengan air suam dan air garam untuk menjaga kebersihan dalam mulut selain turut mencegah kuman atau bakteria yang menyerang.

Baca : Sakit Tekak dan Tonsil. Kenapa Ia Selalu Terjadi Kepada Kita?

Bagaimana Air Suam dan Air Garam Mampu Redakan Sakit Tekak?

Ramai antara kita yang kerap mengalami masalah sakit tekak. Sama ada ibu, bapa atau anak-anak kecil. Berbagai-bagai cara dan petua yang yang diberi, tetapi amat sukar untuk dilakukan.

Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik. Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.

cara nak hilangkan sakit tekak
Segeralah berjumpa doktor jika sakit tekak anda berpanjangan,

Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?

Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna. Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.

Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.

Baca juga : Makan Ais Krim Vanilla Ubat Tonsil dan Sakit Tekak? Mengarut! – Dr Abdul Rahim

Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.

Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling. Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.

Sila SHARE dan kongsi kepada orang yang anda sayang.

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)

Semoga perkongsian tips dan petua cara hilangkan sakit tekak ini akan membantu anda menyelesaikan kesakitan ini dengan cepat dan sempurna. Amalkan seperti yang dikongsikan oleh doktor ini, insha Allah masalah anda akan selesai. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Loading…

0

Comments