in ,

Air Kulit Delima Lebih Berkhasiat Daripada Isinya, Baik Untuk Kesihatan Luaran & Dalaman, Ramai Tak Sangka!

jus kulit delima
Air atau jus kulit buah delima sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan kulit dan kecantikan

Air kulit delima? Rupa-rupanya kulit buah delima boleh juga dimakan dan sesetengah orang sanggup untuk mendapatkan kulitnya sahaja untuk dibuat jus kerana khasiatnya sungguh luar biasa untuk kesihatan dan kecantikan.

air kulit delima
Kulit buah delima dikatakan sangat baik untuk kecantikkan kulit manusia.

Selepas ni kita boleh buat sendiri kerana perkongsian dari Puan Aisyah Badar Bajrai ini menerangkan bagaimana cara untuk buat air kulit delima ini yang sangat diminum begitu saja. Tambah lagi kalau buah delima itu segar dan dikisar dengan halus, pasti berkahsiat dan boleh diminum untuk kesihatan keluarga.

Resepi Air Kulit Delima

buah delima
Kulit buah delima yang telah dikeringkan di bawah panas matahari.

Menurut Puan Aisyah, antasa isi delima dengan kulit delima. Kulitnya lagi sedap dan kulit delima juga mempunyai dua kali ganda antioksidan dari isinya sendiri.

BACA : Wanita Vietnam Makan Tikus Yang Dimasak Untuk Kelihatan Cantik & Awet Muda

Sekiranya kita meminum air kulit delima setiap minggu sekali, nanti akan awet muda, kulit kita akan menjadi merah dan pinkish malah bibir juga akan menjadi merah bak delima. Ia juga mampu mengurangkan kedutan atau melambatkan proses penuaan, katanya.

Cara Buat Air Kulit Buah Delima

air delima
Air kulit delima lebih sedap jika dicampurkan dengan sedikit madu lebah

1. Ambilkan kulit delima yang sudah kering dalam anggaran sebesar dua jari. (Ia harus dijemur terlebih dahulu di bawah pancaran matahari sehingga ia betul-betuk kering.)

2. Anda perlu merebus kulitnya bersama dengan segelas air selama 10 atau 15 minit.

3. Apabila airnya kelihatan kekuningan, segeralah tutup api.

4. Sebelum meminum air kulit delima, anda boleh campurkan dengan sedikit madu agar ianya lebih sedap diminum.

Nota: Anda disarankan meminum air itu dalam 1 hingga 3 kali dalam seminggu.

Kebaikan dan Khasiat Kulit Delima

buah delima
Air jus delima memang terbukti mempunyai khasiatnya yang tersendiri

– Mempunyai dua kali ganda antioksidan
– Kaya dengan Vitamin C
– Sangat baik untuk usus, masalah cirit-birit
– Detox badan
– Mengurangkan kedut, melambatkan proses penuaan
– Penawar sakit kepala
– Mengurangkan batuk berlarutan
– Melembabkan kulit
– Mencegah sel-sel kanser
– Mampu mencegah buasir kronik
– Cacing
– Menurukan paras kolestrol
– Menguatkan jantung
– Sakit radang sendi/ antibakteria

Jangan lupa kongsi dan tag kawan korang yang suka makan buah delima. Manalah tahu kot diorang semua tu tak tahu yang kulit delima tu sebenarnya boleh dibuat air dan masker.

BACA : 26 Khasiat Bawang Merah Untuk Kesihatan & Kecantikan Yang Ramai Tidak Tahu

Berikutnya adalah komen netizen tentang khasiat kulit buah delima;

delima
Buah delima segar yang dipetik dari pokoknya dan terus dimakan adalah yang terbaik.

Dulu ketika masih anak dara, haid sayatidak teratur langsung. Kadang-kadang sampai 15 hari pun ada, jenis banyak. Pernah sekali satu hari, saya terpaksa masuk ke hospital kerana mengalami pendarahan yang teruk sampai doktor suspect cyst. Selepas itu, bila dah balik rumah, makan ubat untuk hentikan darah semua.

Mak suruh rebuskan kulit buah delima dan sampai sekarang saya dah kahwin, haid teratur dan cun sangat selepas minum air rebusan ni. Pahit sikit tetapi menjadi, Alhamdulillah. – Lem Lemizu

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments