in , , ,

Resepi Air Serai Mujarab Untuk Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat Dari Bidan Mengurut

Minuman air serai untuk kempiskan perut

Masalah perut buncit atau banyak lemak memang sangat tidak disukai sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan. Mungkin, berperut buncit adalah satu punca yang menyebabkan seseorang individu itu boleh hilang keyakinan diri dan menganggu penampilan diri di khalayak ramai.

Biasanya bagi golongan lelaki, perut buncit atau boroi akan berlaku selepas mereka berkahwin dan mempunyai zuriat, namun tidak semua lelaki begitu, yang pasti pemakanan seseorang itu juga boleh terjadinya perut besar dan semakin membesar.

petua kempiskan perut buncit cara tradisional
Setiap orang biasanya tidak ingin perut mereka buncit seperti ini.

Ada yang berpendapat lelaki yang perut boroi adalah seorang lelaki seksi dan saham mereka lebih mahal daripada lelaki yang tidak buncit. Sejauh mana kesahihan pendapat tersebut tidak dapat dipastikan kerana setiap orang mempunyai pendapat mereka sendiri.

Jika anda inginkan perut yang tidak buncit dan ingin mengempiskan perut, anda disarankan mencari kaedah atau cara untuk kempiskan perut dengan segera sebelum masalah ini menjadi semakin teruk apabila tidak dijaga dari segi pemakanan atau senaman.

Tips & Petua Untuk Perut Buncit

Mulai sekarang, anda tidak perlu lagi bimbang tentang untuk mengecilkan perut kerana petua tradisional yang dikongsikan oleh wanita cantik ini akan dapat membantu jadikan perut kempis dan sihat. Perkongsian ini juga telah mendapat perhatian netizen di Facebook dan mereka menganggap inilah cara kempiskan perut buncit dengan cepat dan berkesan.

cara membuat air serai
Selain untuk masakan serai mempunyai banyak khasiat dan kelebihan untuk kesihatan manusia.

Resepi air serai dari Amyra Nabila Hasnol ini sangat bagus untuk kecilkan perut, hilangkan angin satu badan dengan cepat dan ianya adalah air Detox yang paling simple yang telah diberikan kepadanya oleh bidan mengurut.

Menurut Amyra lagi, air serai ini bukannya untuk perut sahaja malahan ini adalah petua atau resipi awet muda yang sangat mujarab dan sangat mudah untuk orang yang terlebih rajin. Amyra telah mencubanya, sangat best dan lelaki atau perempuan diwajibkan mencuba.

Bahan-Bahan Resepi Air Serai

menghilankan perut buncit cara tadisional
Bahan yang digunakan sangat mudah dan murah yang boleh didapati di rumah.

1. Serai (10-15 batang)
2. Air (2-5 liter) *gambar tu dalam cawan je

Caranya memang sangat mudah dan cepat

petua kuruskan badan dan kempiskan perut buncit
Untuk hasil yang paling berkesan anda harus amalkan sama ada setiap hari, seminggu dan sebulan atau sampai bila-bila, anda tentukan.

BACA JUGA : Satu Keluarga Kuruskan Badan & Sihat Selepas Gigih Bersenam Bersama Selama 6 Bulan

Cara-cara:
– Ketuk serai sehingga pecah & rebus dalam 30-45 minit ?
*lagi banyak serai lagi banyak air diperlukan

air serai untuk kesihatan
Air rebusan serai yang telah siap untuk diminum.

Air ni diajar oleh bidan mengurut.
Jujurnya, bidan ni memang nampak sangat muda dalam awal 40an tetapi usianya dah lebih 50an.

Katanya, dari muda hingga sekarang, dia cuma amalkan minum AIR SERAI saja untuk kesihatan badan. Jamu dan makjun pun dia buat sendiri tau!

Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengah hari dan malam.

Sebenarnya air rebusan serai juga boleh diminum bersama campuran bahan-bahan lain seperti madu, lemon, bunga cengkih, halia, kunyit dan banyak lagi. Serai juga berkhasiat serta terbukti mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri.

tips hilangkan perut boroi lelaki dan perempuan
Bahan-bahan yang sering dicampurkan dengan air serai untuk kesihatan.

Antara Khasiat Air Rebusan Serai

– Bantu sistem penghadaman
– Cantikkan kulit
– Buang toksin dalam badan
– Kurangkan bau badan
– Cairkan lemak dan sebagainya

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja