Korang mesti pernah dengan tentang makan ais krim vanilla ubat tonsil dan sakit tekak. Tapi betul ke ia boleh menyembuhkan kedua-dua jenis sakit ini? Ramai yang telah pun mengamalkan petua untuk hilangkan sakit pada tekak ini pada hari ini.
Petua ini telah pun tersebar di seluruh malaysia bahawa ais krim vanilla ubat tonsil dan sakit tekak. Walau bagaimanapun, tentu ada yang meragui kesahihannya sedangkan tiada sebarang kenyataan tentang ini dedahkan oleh pakar tekak atau daripada mana pihak.
Terbaru seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Abdul Rahim tampil menjelaskan tentang makan ais krim vanilla ubat tonsil dan juga sakit tekak. Sila fahami dan teliti penjelasan dari doktor ini yang menerangkan secara ringkas dan mudah difahami.
Makan Ais Krim Vanilla Ubat Tonsil dan Sakit Tekak?
Betul ke makan AIS KRIM VANILLA BOLEH menyembuhkan penyakit TONSILLITIS?
Buka Mulut anda luas-luas. Mai doc torch tengok. Tudiaaaaa Bengkaknya TONSIL anda. Hihihi. Doc acah je.
Tonsil Umpama Bodyguard
1. Tonsil diciptakan Allah di bahagian tepi kerongkong (kanan & kiri) sebagai BODYGUARD semulajadi & punyai sistem imum/pertahanan untuk melindungi tubuh kita dari beragam infeksi yang masuk melalui mulut kita.

Kalau ada infeksi virus atau kuman di tekak kita, sistem limphatik tonsil akan activate, membengkak & radang untk melawan infeksi tersebut. Keadaan ni di panggil TONSILLITIS.
Tonsil Disebabkan Virus
2. Jika infeksi di tonsil disebabkan virus (Epstein Barr, Adenovirus, Measles), tonsil tu bengkak & sakit je. Kalau infeksi disebabkan bacteria, tonsil tu bengkak, sakit & BERNANAH.
Kanak-kanak Sering Kena Tonsil
3. Gang yang kerap kena TONSILLITIS ialah kanak-kanak antara 2-15 tahun. Tak kecuali gang doc yang Veteran dimana pertahanan badan dah mula menurun.
Kongsi Info Untuk Keluarga Kita Yang Kena Tonsil
4. Info doc nak share bila anak cucu kita dan kita dijangkiti TONSILLITIS:
- Sakit tekak teramat sangat sebab bengkakkan TONSIL.
- Deman tinggi ON & OFF.
- Sakit kepala, sakit badan, urat sendi & isteri urut pun tak baik, monyok & letih selalu.
- Suara ROCK atau HILANG SORA.
- Mulut bau busuk, kena spray minyak wangi lebih-lebih sikit.
- Isteri suruh tidur luar…hihihi padan muka sebab BERDENGKUR sampai bergetar bumbung rumah. Bini nak tidur ganggu.
- Ada bengkakan gelendir/ Lymph Node di leher.
Perkara Yang Perlu Diambil Berat Oleh Mak Ayah Bila Kena Tonsil
5. Nota yang perlu diAMBIL BERAT oleh ibu bapa kalau anak kena TONSIL. Don’t play-play ye!
Tonsil mudah baik jika dirawat awal. Kalau biar komplikasinya amat BAHAYAkan diri pesakit:
- Kuman tonsil ni boleh masuk ke dalam saluran darah = SEPTECEMIA ke otak. Maka kita boleh mati le.
- Tonsil boleh akibatkan sakit BUAH PINGGANG (Acute Glomerulonephritis) & Rheumaik Fever & gangguan JANTUNG!
- SLEEP APNEA = Penyakit terhenti bernafas dengan tiba-tiba disebabkan bengkakkan tonsil. Harap-harap dapat nafas kembali.
Rawatan Tonsillitis
6. Untuk rawatan sakit tonsilitis adalah seperti berikut:
- Ubat hisap Lozenges atau kumur Thymol Gargle untuk reda sakit/ keradangan kerongkong.
- Papase/Peptidase untuk kurangkan bengkakan tonsil.
- Tahan sakit kerengkong dengan Paracetamol atau Ibuprofen.
- Kalau infeksi tonsil bernanah kerana kuman, diberi Ampicillin, Amoxillin, Cephalaxin atau Erytromysin. Ada yang ambil Augmentin.
- Kalau tonsillitis kerap berulang & bengkak menutup ruang tekak elok bedah je, TONSILLECTOMY.
MITOS / KEPERCAYAAN RAMAI
7. Ais krim TAK boleh menyembuhkan TONSILLITIS. Ais krim hanya meredakan sedikit kesakitan kerongkong & diberi kepada kanak-kanak yang hilang selera makan kerana tonsilitis supaya mereka ada tenaga. Tak kisah ais krim Vanilla, Coklat, Strawberry dan lain-lain. Ada ais krim yang memburukkan lagi TONSILLITIS kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.
Sebenarnya ais krim diberi kepada pesakit selepas TONSILS mereka dikeluarkan dalam pembedahan TONSILECTOMY!!. Ia membantu menghentikan pendarahan akibat luka yang disebabkan oleh pembedahan tu.
Daripada: Dr. Abdul Rahim.
Mulai sekarang anda yang pernah fikir makan ais krim vanilla ubat tonsil atau sakit tekak bolehlah berhenti untuk memakannya apabila terkena tonsil sebelum ia memburukkan lagi sakit anda. Sampai kepada mereka yang belum tahu terutamanya ahli keluarga terdekat yang anda sayang.
Semoga bermanfaat.
Loading…