in

Akibat Barang Lambat Sampai Posmen Ditampar Hingga Cermin Mata Patah

posmen ditampar barang lambat sampai

Tular di laman sosial tentang seorang individu yang dipercayai tidak berpuas hati apabila rakannya seorang posmen dikatakan telah ditampar oleh seseorang yang menerima barangan yang dihantar oleh posmen berkenaan.

Punca posmen tersebut ditampar adalah kerana terlewat menerima barangannya. Walau bagaimanapun, kelewatan tersebut dipercayai berpunca daripada pihak pertama. Tetapi posmen tersebut yang bertugas pada hari berkenaan dan ditampar sehingga cermin mata miliknya pecah serta mengalami kecederaan di bahagian hidung.

“Kawan saya yang posmen ini kena tampar kerana barang sampai lambat. Apa s*al manusia macam ni?”

Jelas lelaki ini melalui perkongsian beliau di laman Twitter yang tidak berpuas hati selepas rakannya dilempang sehingga menarik perhatian netizen.

“Kalau tak puas hati, nak marah ke, pakai mulut. Ini sampai naik tangan apa cerita? Lagipun bukan salah dia barang lambat. Kerja dulu sebagai posmen baru tahu macam mana,” tweet The GG (@xie_xiey).

cermin mata patah
Bukti yang menunjukkan cermin mata posmen patah selepas ditampar.

“Saya kenal dia dah lama, soft gila orangnya. Kena bahan, senyum gelak-gelak memang tahu dia tak akan melawan. Tapi saya bengang dengan manusia yang macam ini. Beragama tetapi perangai haukk!

“Dia baru saja berkahwin, baru saja dapat anak. Jauh pula dari anak dan isteri, struggle nak survive. Tetapi orang awam buat macam ini, agaklah.

“Nak cepat barang, pergi ambil sendiri. Ingat Pos Laju ini nak hantar barang awak seorang ke?” katanya lagi.

Perkongsian yang telah mendapat perhatian netizen ini turut memberikan pendapat masing-masing malahan turut meluahkan rasa simpati kepada mangsa yang telah menjadi mangsa keadaan yang telah dimarahi individu terbabit.

Netizen turut menyarankan agar mangsa segera membuat laporan polis agar individu tersebut diambil tindakan serta dihukum seadilnya di atas perbuatannya yang menampar posmen.

Selain itu, ada juga netizen yang telah menawarkan diri bagi menggantikan cermin mata milik posmen tersebut yang didapati patah selepas insiden berkenaan.

Walau bagaimanapun, mangsa enggan menerima dan turut menegaskan yang beliau inginkan individu terbabit yang menggantikan kepadanya.

Mangsa juga dikatakan telah pun membuat laporan polis selepas bimbang akan keselamatan diri selepas ditampar oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments