in

Akibat Berebut Anak Selepas Bercerai, Akhirnya Terbabit Dalam Kemalangan Ngeri

ALOR SETAR, KEDAH – Tindakan seorang lelaki yang dikatakan mengejar bekas isterinya menggunakan kereta yang dipercayai melibatkan masalah perebutan anak menyebabkan kejadian lebih buruk berlaku selepas kereta yang dipandu mereka terbabit dalam kemalangan yang turut menyebabkan sebuah lagi kereta dirempuh di Titi Gajah, Alor Setar, hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, Jafrul Nizam Jaafar, 38, bekas isteri, Marziana Mahadzir, 37, anak mereka, Muhammad Mikhail Jafrul Nizam, 5, dan pemandu kereta lain, Faizal Baharom, 36, cedera parah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, melalui siasatan awal mereka mendapati kemalangan itu berlaku dari Titi Gajah menghala ke Kepala Batas.

Beiau turut menambah, keterangan orang awam yang dikatakan memberitahu ianya adalah berpunca apabila kereta Perodua Myvi dipandu Jafrul itu mengejar kereta Perodua Myvi yang dipandu bekas isterinya itu.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya dipercayai telah menghimpit kereta bekas isterinya di sebelah kanan yang menyebabkan ia terbabas ke pembahagi jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Kereta lelaki itu turut hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Saga FLX menyebabkan kereta itu terbalik dan merintangi jalan sementara Perodua Myvi itu terbabas di sebelah kiri sebelum merempuh pagar Kuarters Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Mangsa dipercayai mengalami kecederaan yang parah sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Yazri berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Harian Metro

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments