in

AWAS! Wanita Lumpuh Tiba-tiba Bahagian Kiri Muka Akibat Tidur Dalam Keadaan Rambut Basah

rambut basah

Mungkin ada di antara kita pernah ditegah oleh ibu agar tidak tidur dalam keadaan rambut basah selepas mandi dan rambut perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Walau bagaimanapun, mungkin ketika itu ada yang menganggap perkara tersebut adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang serius.

Tetapi, tahukah anda bahawa sekiranya kita tidur dalam keadaan rambut yang basah boleh menyebabkan kita menghadapi masalah yang besar?

Terkini, seperti yang dilaporkan oleh WOB, seorang wanita dipercayai telah mengalami kelumpuhan wajah di bahagian kiri mukanya kerana dikatakan telah tidur dalam keadaan rambutnya yang masih lagi basah.

rambut basah
Rambut perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum tidur.

Wanita tersebut dikenali sebagai Xiong yang berusia 23 tahun dan berasal dari Wuhan, China. Dia berkerja di sebuah pusat membeli belah dan sentiasa pulang lewat ke rumah kerana berkerja.

Disebabkan itulah, dia seringkali tertidur dan tidak sempat mengeringkan rambutnya sebelum tidur. Malah, rambutnya itu dikatakan masih lagi dalam keadaan basah lencun sewaktu dia ingin melelapkan matanya kerana keletihan selepas seharian berkerja.

BACA : Tak Perlu Pakai Shampoo Lagi, DIY Scrub Limau Purut Di Rumah Untuk Rambut &; Kulit Kepala Agar Sihat & Lebih Cantik

Keadaan itu telah menyebabkan sesuatu yang sangat mengejutkan telah berlaku kepadanya. Ketika Xiong bangun pagi, secara tiba-tiba dia tersedar yang dia tidak mampu menggerakkan bahagian kiri mukanya dan mulutnya pula didapati mulai senget sewaktu dia ingin menggosokkan gigi.

rambut basah
© World of Buzz

Xiong yang merasa takut akan keadaan itu telah segera pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan doktor selain ingin mendapatkan maklumat apakah yang telah berlaku kepada mukanya itu.

Selepas menjalani pemeriksaan, doktor telah mengesahkan bahawa saraf muka Xiong telah lumpuh. Perkara tersebut berlaku berkemungkinan disebabkan oleh tabiat Xiong yang sering tidur dalam keadaan rambutnya yang masih basah.

Selain itu, doktor turut menerangkan kepadanya bahawa rambutnya yang basah itu telah dapat mengubah suhu badan dan menyebabkan kekejangan akan berlaku di mukanya. Hal tersebut akan menjadi lebih cepat berlaku kerana badannya pada ketika tidur dalam keadaan relax.

Disebabkan kejadian tersebut, Xiong telah dinasihatkan serta diberikan amaran oleh doktor agar mengeringkan rambutnya sebelum tidur kerana sarung bantal atau bantal yang basah akan mempercepatkan pembiakan bakteria yang sekaligus akan menyebabkan jangkitan akan berlaku.

rambut
Rupanya tidur dalam keadaan rambut basah sangat membahayakan.

Xiong bagaimanapun sangat bernasib baik kerana dia hanya mengalami lumpuh di muka cuma sementara sahaja. Xiong dilaporkan telah sembuh setelah menerima rawatan secara intensif dalam jangka masa 10 hari.

BACA : Lelaki Penyayang, Jika Ada Anak Isteri Bolehlah Tolong Sikat Nanti & Netizen Puji Abang Barbie

Berikutnya sedikit keterangan tentang akibat sekiranya anda tidur dalam keadaan rambut basah.

Anda dinasihatkan mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur kerana perkara ini tidak mustahil akan berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira mangsa dan usia.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments