in

Amalan Baca Al Mathurat Pagi & Petang Rumah Tangga Aman Bahagia

al mathurat pagi

Suami isteri yang sedang berkonflik atau bermasalah sebenarnya amat bagus jadikan amalan wirid dan bacaan doa Al Mathurat pagi dan petang. Sebabnya sangat banyak, bukan sahaja ganjaran rezeki malahan banyak sangat kelebihan dan kebaikan di dalamnya.

Sila baca penerangan tentang kelebihan Al Mathurat pagi dan petang yang ringkas di bawah. Selepas dah tahu, mesti rasa sayang kalau nak tinggalkan walau satu doa. Jadikanlah amalan harian anda dengan membaca doa yang amat mujarab ini.

Kelebihan Al Mathurat Pagi & Petang

Al Mathurat pagi dan petang ini wirid dan doa harian yang menjadi amalan Rasulullah SAW. Ia disusun dan dihimpunkan oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih.

Zikir, wirid dan doa yang terkandung di dalamnya menjadi senjata kekuatan jiwa seorang Muslim. Amalkan penuh konsisten di waktu pagi dan petang, insya-Allah akan ada perubahan yang besar dalam diri.

Baik dari segi cara kita bertingkah laku, mahupun cara kita inging menyelesaikan satu-satu masalah. Malahan, terlalu banyak kelebihan dalam Al Mathurat ini dan antaranya ganjaran rezeki serta banyak lagi.

bacaan al mathurat waktu pagi dan petang

Al Mathurat Sughra dan Kubra

Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.

Ada banyak kelebihan bagi anda yang mengamalkan Al Mathurat. Jika anda berada di sebelah suami yang memandu, bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda.

Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali langsung habiskan seperti arahan pada buku Al Mathurat itu. Sebaiknya ikut saja apa yang perlu di dalam sesebuah buku yang anda ada itu.

Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti. Terutama ketika membaca sebelah pagi atau petang kerana ada beberapa bahagian ayat perlu diubah ikut masa membacanya.

(Boleh rujuk pada buku Al Mathurat Pagi & Petang)

Sebaiknya bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana mahu cepat, kita elakkan dari terus membaca wirid dan doa ini sampai habis.

waktu afdal membaca surah ini al mathurat

Terjemahan doa ini saja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan pengamalnya. Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu menyatukan hati, mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.

Ini Doa Akhir Al Mathurat

“Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan)-Mu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta para du’at-Mu. Maka oleh itu ampunkanlah dosaku.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah rakan seperjuangan) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.

bacaan al ma'tsurat pagi dan petang

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu. Jika engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

* Ketika membaca bacaan ini niatkanlah untuk suami atau isteri dan jangan sekali-kali anda lupa sebut namanya.

Di dalam al-Mathurat adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi SAW dan banyak fadhilat dan kelebihan bagi sesiapa yang membacanya selepas subuh dan selepas asar atau maghrib.

Kelebihan Al-Mathurat adalah seperti berikut seperti dikongsikan oleh saudara Abu Basyer:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan-kelebihan lain yang tersendiri.

Download Al Mathurat MP3 & PDF

Marilah kita sama-sama amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat pagi dan petang ini dengan niat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT serta akan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.

Semoga perkongsian rahsia dan kelebihan Al Mathurat pagi dan petang ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan untuk amalan harian anda. Semoga bermanfaat kepada semua. Sumber: Mingguan Wanita

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0