in ,

Kerana Alahan Pada Ubat, Bibir Wanita Ini Bernanah, Bengkak dan Berdarah. Tak Semua Orang Tahu Mereka Alergik!

alahan dan alergik pada wajah
Contoh alahan pada ubat yang diberikan hospital

Segala jenis ubat di dunia ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri, disebabkan itulah ianya tidak boleh diambil sembarangan tanpa nasihat dari doktor atau yang pakar. Terkadang kita tidak pasti adakah ubat tersebut sesuai atau ada alahan dengan diri kita. Jadi, pengambilan sebarang jenis ubat untuk kesihatan diri adalah penting untuk kita tahu dari manakah ubat tersebut dikeluarkan.

Baru-baru ini tular satu perkongsian tentang seorang wanita yang bibirnya bernanah, berdarah dan bengkak akibat tersalah pengambilan sejenis ubat. Menurut wanita terbabit yang dikenali sebagai Nur Nabilah, dia pada mulanya hanya mempunyai sakit gigi yang biasa dan giginya juga sudah banyak dicabut, namun sakit yang dialaminya tidak berkurangan.

Alahan pada muka
Nur Nabilah

Disebabkan itulah dia telah mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital Mahkota bagi mendapatkan rawatan lanjut berkaitan dengan kesakitannya itu. Akhirnya, barulah dia mengetahuinya yang dia menghidap penyakit Saraf Trigemenal Neuralgia iaitu sakit saraf di bahagian wajah yang bersambungan pada gigi dan ke otak.

“Bila sakit tu, memang tak boleh nak makan, bercakap apatah lagi. Berat semakin turun sampai 42kg.”

Kini hidup Nur Nabilah harus sentiasa memakan ubat yang telah diberikan oleh pihak hospital terbabit. Akibat dari kesan ubat yang diambilnya itu, dia kerap tidur yang menyebabkan matanya bengkak dan mula demam. Rawatan yang seterusnya doktor telah mengurangkan dos ubat berkenaan, walau bagaimanapun demamnya masih juga tidak kebah dan matanya juga masih lagi terus membengkak.

“Doktor memang dah syak aku alah pada ubat sebab muka dah mula merah-merah. Platlet aku pun rendah dari orang yang normal.”

Bintik merah pada kulit disertai gatal
Kulit pada tangan juga berbintik merah kemerahan.

Disebabkan itu juga pihak hospital berkenaan telah menghantarnya kepada hospital lain yang lebih arif akan penyakitnya itu. Di sana, dia telah ditempatkan di bahagian pakar kulit, mata dan bedah mulut.

“Kaki tangan semua dah mula naik merah-merah. Macam terbakar pun ada. Kadang-kadang rasa susah nak bernafas dan nak telan air sempit dan sakit sangat dada.”

Nabilah turut memaklumkan bahawa dia ada berjumpa dengan pakar bedah mulut. Di situ, kulit bibirnya akan disiat dan dibersihkan kulit-kulit mati.

BACA JUGA : Tak Perlu Pakai Shampoo Lagi, DIY Scrub Limau Purut Di Rumah Untuk Rambut & Kulit Kepala Agar Sihat & Lebih Cantik

“Kesimpulannya, aku alergik pada ubat saraf yang aku makan tu. Nama penyakit aku ni Steven Johnson Symptom.”

Alergik bibir bengkak, bernanah dan berdarah
Kulit bibir sebelum disiat. – Nur Nabilah

Rupa-rupanya, Nur Nabilah alahan pada ubat yang telah diberikan kepadanya oleh pihak hospital, memandangkan dia memang langsung tidak tahu yang dia ada alahan pada mana-mana ubat.

kulti bibir yang alergik pada ubat
Kulit bibir selepas disiat.

Melalui laporan Mstar, Pakar Perunding Dermatologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UKM, Prof Madya Dr Norashikin Shamsudin berkata, terdapat beberapa ubat yang memberikan kesan sampingan yang biasa seperti muntah dan loya tetapi ia tidak akan memudaratkan. Katanya, sakit yang dihidapi Nabilah ini serius tetapi dalam kebanyakan kes ia didapati tidak membahayakan kesihatan.

Jadi, diharap kepada semua sentiasa peka dengan pengambilan segala jenis ubat-ubatan kerana ada beberapa jenis ubat juga boleh membawa maut pada pesakit. Adalah lebih baik dirujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang jenis ubat agar kita tahu sama ada kita ada alahan pada ubat atau tidak.

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja