in

Resepi Aloe Vera Jelly Ala Nata De Coco Buat Sendiri (Jeli Lidah Buaya)

Cara membuat nata de coco Aloe Vera Jelly

Aloe vera atau dipanggil juga sebagai pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan yang mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri untuk kesihatan manusia sama ada untuk penggunaan dalaman atau pun luaran. Isi daunnya yang kenyal seperti jeli boleh dijadikan berbagai jenis ubatan dan makanan salah satunya seperti Nata De Coco Aloe Vera Jelly yang amat diminati pada masa kini.

Pasti ramai yang tahu isi dalam daun pokok ini ada Aloe Vera Jelly yang boleh dijadikan jeli pencuci mulut yang boleh dimakan begitu saja atau digandingkan bersama air. Ia juga boleh dibuat sendiri dengan melalui beberapa proses mudah seperti cara menghilangkan lendir lidah buaya ini yang dikongsikan oleh wanita yang bernama Nur As Shifa Halim.

Cara buat jeli lidah buaya
Daun lidah buaya bukan saja boleh dibuat ubat tetapi juga untuk produk kosmetik.

Resepi Nata De Coco Aloe Vera Jelly

Resepi Aloe Vera Jelly ala Nata De Coco ini sangat sedap sekiranya dicampurkan bersama ais dan segelas minuman seperti air sirap yang mempunyai biji selasih seperti yang telah dibuat oleh wanita ini. Menurutnya, cara membuat jeli ini tidaklah sesukar mana namun ia memerlukan kerajinan.

Berikut kami kongsikan cara membuat Nata De Coco Aloe Vera Jelly dengan melalui beberapa proses mudah yang harus anda ikuti supaya pembuatan jeli lidah buaya ini menjadi selain untuk menghilangkan gatal dari lendiran lidah buaya dan sebagainya.

Cara buat nata de coco
Aloe Vera jelly yang didapati dari daunnya.

Sedap bila jeli lidah buaya ini dimasukkan ke tekak, saya buat sirap limau. Sebelum ni tak lalu juga nak makan, banyak terbuang je Aloe Vera yang tua-tua tu sebab bau dia, Allah tak lepas nak pi.

Baru-baru ni, suami saya try buat, eh sedap pulak, masuk hari ni kali kedua lah ni. Cuba buat selepas adjust semua dan Google resepi bagi puas hati. Finally, sedap rupanya Aloe Vera Jelly ni.

resepi jeli aloe vera
Hasilnya sangat sedap dan mampu hilangkan dahaga.

Nak lagi sedap, makan mentah-mentah macam tu je. Lagi banyak khasiat. Tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) di buang dulu supaya bersih dan tak gatal selain selamat untuk dimakan. Boleh rujuk gambar di bawah apakah cecair kuning tersebut.

Daun lidah buaya perlu dipilih yang matang atau tua untuk dibuat jeli. Macamana nak tau sudah matang atau tidak, boleh tekan pada daun tu di tengah-tengah. Kalau keras dan padat, dah boleh harvest (tuai). Yang suami saya tanam ni spesis bila kecil ada bintik-bintik, bila dah besar hilang bintik tu.

pokok aloe vera
Pokok lidah buaya yang tua atau matang saja boleh diproses untuk jadikan jeli.

Bahagian ini sangat penting. nak keluarkan Aloe Latex atau cecair kuning tu. Ia boleh akibatkan gatal-gatal kalau tak dibersihkan dengan baik. Ini suami saya tegakkan Aloe vera yang dituai tadi, tegakkan dalam masa satu atau dua jam. Alhamdulillah kami buat step ni, tak gatal-gatal tekak bila makan jeli lidah buaya ni.

proses pembuatan
Proses membuang cecair kuning adalah yang terpenting perlu dibuat.

Selepas proses tegak tadi, basuhkan bersih-bersih. Nak senang potong kepada dua atau tiga bahagian ikut keselesaan anda untuk proses. Sebab masa first time buat, suami saya luka jugak tapak tangan. Duri Aloe Vera agak tajam, jadi berhati-hatilah.

duri gatal
Potongan adalah mengikut keselesaan dan kreativiti anda sendiri.
lendir
Buang bahagian yang tepi dulu atau bahagian yang ada duri.
Buangkan kulit di bahagian atas seperti ditunjukkan.
khasiat daun lidah buaya
Kulit di bahagian atas yang harus dibuang.

Kemudian anda boleh potong mengikut saiz yang anda mahukan. Nak senang, sebab bendanya berlendir dan mudah berlari-lari, potong dulu ikut saiz yang nak. Tapi disarankan berpetak-petak sederhana dan jangan terlalu kecil nanti masa nak gigit tak best. Selepas potong seperti ini, ambilkan sudu, korek saja dari atas.

agar-agar jeli
Potongkan jeli berpetak mengikut saiz yang anda mahukan.
hasil buat sendiri
Inilah hasilnya selepas proses mengeluarkan kulit. Basuh jeli lidah buaya bersih-bersih dan rebus.

Rebusan untuk kali pertama haruslah 30 minit dengan Aloe Vera bersama air sahaja. Rebusan ini terpulang kalau nak rebus selama mana. Disebabkan saya tak tahan dengan baunya, saya lebihkan 30 minit. Selepas rebus, buang air rebusan tersebut. Kalau sesiapa yang ingin kekalkan zat dan khasiat daun lidah buaya ini, boleh saja anda celur.

cara membuat jelly lidah buaya
Sekurang-kurangnya ia perlu direbus dalam jangka masa 30 minit untuk rebusan kali pertama.

Rebusan untuk kali kedua dalam jangka masa 15 minit saja bersama Aloe Vera campur gula batu dan daun pandan. Sukatan agak-agak saja nak rasa manis setakat mana.

gel lidah buaya
Rebusan untuk kali kedua pula ditambah lagi 15 minit.
proses pembuatan nata de coco
Siap untuk dihidangkan dan rasa macam Peel Fresh Marigold tu.

Disebabkan rebusan yang kedua itu saya dah letakkan gula batu. So, cedok sekali air rebusan dan Aloe Vera Jelly tu, masukkan sirap sedikit, tambah biji selasih, ais dan hirisan lemon. Boleh minum dan rasakan sendiri kenikmatan dan kesedapannya.

aloe vera jelly drink
Hasilnya sedap iaitu air sirap selasih Nata de Coco bersama jeli lidah buaya dan lemon.

Semoga perkongsian cara membuat jeli lidah buaya atau Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco ini akan memudahkan anda untuk meneruskan proses pembuatannya. Yang paling penting ikut step by step dan jangan sekali-kali tersalah langkah kerana silap hari bulan gatal tekak jadinya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments