in ,

Amalan baca Yasin, solat sunat jadi rahsia kejayaan anak tukang rumah peroleh 11A SPM

Amalan baca Yasin, solat sunat jadi rahsia kejayaan anak tukang rumah peroleh 11A SPM

Umi Aida (kanan) ditemani ibu ketika mengambil keputusan SPM 2021 di SMKA Falahiah pada Khamis. Foto: Sinar Harian
BERGELAR anak kepada seorang tukang rumah langsung tidak menjadi penghalang buat gadis ini meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Malah menurut Umi Aida Ismail, kegigihan bapa mencari rezeki menjadi pembakar semangat untuk dirinya berusaha lebih gigih demi membalas jasa dan pengorbanan orang tuanya.

BACA : Nampak kaki terjuntai, rupanya rider gendong bayi keluar cari rezeki tengah panas… Hanya beri susu apabila balik rumah

Umi Aida yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, Tumpat, Kelantan memperolehi semua A dalam 11 mata pelajaran yang diambil iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Biologi, Kimia, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.

Umi Aida berkata, kejayaan memperoleh keputusan 11 A didedikasikan kepada ibu bapanya, Ismail Zakaria, 60, dan Hanifah Abdullah, 56, yang tidak putus-putus memberikan semangat kepada dia untuk belajar dalam suasana pandemik Covid-19 lalu.

“Sebagai anak, saya ingin membalas jasa ibu dan bapa yang telah banyak berkorban,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, amalan membaca surah Yasin setiap hari selepas solat Subuh juga merupakan antara rahsia di sebalik kejayaannya.

Selain itu tambahnya, dia tidak pernah meninggalkan solat sunat serta sentiasa fokus semasa belajar dan mendengar arahan guru. – SINAR HARIAN

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0