in

Ibu Kongsi Kejadian Menakutkan Anak 6 Tahun Berjaya Reverse Kereta

budak reverse kereta

Mendidik anak sememangnya tugas ibu bapa yang membesarkan mereka dan apa saja perbuatan serta tingkah laku kedua-dua orang tuanya akan diikuti oleh kanak-kanak yang masih kecil itu.

Sejak dari kecil, ibu bapalah yang harus mengawasi serta memantau setiap pergerakan anak kecil itu supaya tidak akan berlaku sebarang perkara dan kejadian buruk yang terkadang terjadi tanpa disangka-sangka sehingga menyebabkan membahayakan nyawa si kecil.

Perkongsian seorang wanita yang bercerita tentang kisah anaknya yang berusia setahun lebih dengan niat untuk dijadikan sebagaikan pengajaran kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil agar sentiasa berhati-hati supaya perkara yang sama tidak akan berlaku.

Kisah anak kecil ini bermula apabila anaknya mampu mengundurkan kereta milik ibu ini yang diparkir di dalam garaj sehingga menyebabkan satu dentuman yang amat kuat terjadi memecah kesunyian di waktu itu.

Setelah berlaku dentuman tersebut, dia dengan segera mendapatkan anaknya itu dan mendapati si kecil yang comel itu masih berada di tempat duduk pemandu dengan memegang stereng. Ikut cerita selanjutnya.

Menakutkan! Anak 6 Tahun Reverse Kereta

Cerita dan kisah ini adalah untuk pengajaran dan iktibar buat semua termasuk mereka yang mempunyai anak. Manusia hanya boleh merancang dan kita selalu melakukan kesilapan tanpa kita sedari.

Kadang-kadang Allah memang akan berikan kita peringatan dengan ujian-ujian yang akan menjentik hati kita supaya kita sedar akan kesilapan kita.

Hari ni anak saya yang baru saja berusia 1 tahun 6 bulan telah berjaya reverse kereta yang saya parking dalam garaj.

garaj kereta

Saya nak keluar rumah dengan anak anak. Lepas masukkan anak anak dalam kereta, saya hidupkan enjin kereta dan buka aircond.

Sementara saya masuk ke dalam rumah sebentar untuk mengambil beg dan kunci pintu rumah.

Silap saya adalah saya tidak terus letak anak di car seat sebab saya plan untuk letak bila dah nak gerak.

budak comel
Kanak-kanak 6 tahun reverse kereta, bayangkan.

Tiba-tiba bunyi dentuman kuat datang dari luar rumah. Hampir gugur jantung mendengar bunyi tersebut. Cuba anda bayangkan jika anda berada dalam situasi saya.

Sepantas kilat saya berlari keluar dan dapati kereta telah berundur dan bonet kereta melekat di pintu pagar. Syukurlah tidak berlaku perkara yang saya tidak mahu ia terjadi.

Allahuakhbar. Habis semua roti jala, beg dan kunci rumah saya campak ke lantai. Saya terus buka pintu kereta. Dan saya dapati anak saya yang kecil ni sedang duduk di tempat duduk pemandu sambil bermain stereng kereta.

Ya Allah. Saya terus peluk anak sebab Allah masih jaga mereka. Kerana pintu pagar yang masih tertutup ini lah kereta tidak berundur sampai ke jalan utama yang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang.

kereta terlanggar pagar

Baca : Kerana Bakat Melukis Yang Hebat Adik Ini Jadi Viral dan Dikagumi Netizen

reverse kereta

Saya silap sebab saya sangka anak saya kecil lagi dan tidak pandai untuk menggerakkan gear kereta.

Tapi anak anak yang kecil ni lah yang akan memerhati dan tiru apa sahaja yang kita buat. Apa saja yang kita lakukan pasti anak akan ikut dan buat tanpa kita sedar.

Anak saya dah mula pandai tiru saya cara membawa kereta.

So nasihat saya kepada ibu atau ayah yang ada anak anak kecil seperti saya:

1. Jika ingin tinggalkan anak kecil khususnya di bawah 3 atau 4 tahun sebentar di dalam kereta, pastikan mereka duduk menetap di kerusi mereka atau car seat.

2. Pastikan ada anak anak yang lebih besar menjaga mereka di dalam kereta.

3. Kenal pasti kebolehan anak dan perkara perkara yang mungkin anak kecil kita boleh lakukan dan boleh membahayakan keselamatan mereka.

4. Sentiasa ajar anak yang lebih besar untuk kunci pintu daripada dalam.

5. Kenal pasti segala macam keadaan yang mungkin berlaku apabila kita tinggalkan anak anak walaupun sebentar.

Ini adalah sekiranya ibu atau ayah terpaksa keluar bersama anak anak dan tinggalkan mereka sebentar di dalam kereta. Jika boleh dielakkan itu lebih baik.

Semoga perkongsian kisah anak 6 tahun yang berjaya reverse kereta yang dikongsikan oleh Puan Faiza Tuban ini akan memberikan pengajaran dan ingatan kepada semua ibu bapa. Semoga bermanfaat.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0