in

Anak Beli Barang Online Maknya Yang Pening Kepala & 4 Cara Atasi Anak Main Beli Barang

Anak Beli Barang Online

Ramai yang alami pengalaman Anak Beli Barang Online terutama sekali anak kecil yang terbeli barang yang tidak diperlukan dan harganya mahal.

Anak Beli Barang Online

Ya tidak dinafikan ada antara diluar sana yang pernah alami pengalaman yang mengerikan. Mana tidaknya, ada anak kecil yang sudah pandai menggunakan telefon bimbit mula pandai membeli barang secara online. Apa yang lagi parah ada yang sampai tahap beli barang online di platform beli belah sehingga ribuan ringgit. Fuhh memang pening kepala mak ayah mereka nak bayar terutama sekali jika barangan tersebut adalah COD.

Anak Beli Barang Online Sehingga Mengejutkan Dan Memeningkan Kepala Maknya

Bila bercerita mengenai Anak Beli Barang Online, ada satu kisah kelakar dan boleh buatkan kita geleng kepala dengan tindakkan akank-kanak tersebut. Perkongsian kali ini adalah dari Jenny Tom mengenai Anak Beli Barang Online yang buatkan maknya boleh kena darah tinggi dan sakit jantung. 

Mana tidaknya, walaupun usia anak-anaknya masih kecil tetapi mereka sudah pandai membeli barang yang mahal seperti TV. mungkin ada yang beranggapan harga Tv tersebut cuma berharga ribuan ringgit tetapi apa yang mengejutkan harga TV tersebut lebih RM 10 ribu ringgit. Kita yang dengarnya pun sudah pastilah akan merasa terkejut begitu juga dengan ibunya.

Anak Beli Barang Online

Silap-silap boleh pengsan bila dengar harga yang mahal sampai sebgini. Boleh bangkrap kita di buatnya bila anak-anak Anak Beli Barang Online dengan harga mahal samapi macam itu sekali. Jenuh nak bayar pada seller nanti konfim sampai korek tabung.

Baca Juga: Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara

Cara Nak Atasi Masalah Sebegini

Bila dengar cerita sebegini, mungkin ada yang beraggapan ianya satu yang kelakar. Tetapi jika dibiarkan tanpa sebarang tindakkan ia boleh memberikan kesan buruk terutama sekali jika beli barangan tersebut secara COD. Ia sudah pastilah boleh menyebabkan berlakunya salah faham dan apa yang lagi teruk mungkin menyebabkan berlakunya pergaduhan dengan seller. Justeru itu, kita perlulah mengambil tindakan supaya ia tidak merebak. Antara perkara yang boleh kita lakukan ialah:

1- Setkan Pembayaran Secara Online Transfer

Untuk lebih selamat dan untuk mengelakkan dari anak beli barang online di platform membeli belah secara online, dan membuat bayaran secara terus atau menggunakan COD, seeloknya setkan jenis pembayaran secara online dengan menggunakan online transfer.

Ini kerana, apabila menggunakan online transfer ia perlu memasukkan password online banking dan juga akan minta nombor TAC jika hendak meneruskan pembayaran. Secara tidak langsung dapat mengelakkan dari anak-anak membuat bayaran dan membeli barangan tersebut.

Anak Beli Barang Online

2- Setkan Password

Satu lagi tips yang boleh digunakan untuk elakkan anak beli barang online tanpa kawalan ialah dengan setkan password untuk aplikasi tersebut. Tidak dinafikan ada sesetengah telefon pintar yang boleh kita setkan password untuk beberapa aplikasi. Justeru itu, untuk mengelakkan dari berlakunya pembelian tanpa had dari anak-anak. 

3- Sentiasa Semak Telefon

Selain itu, satu lagi tips yang boleh gunakan untuk elakkan anak beli barang online adalah dengan kita sentiasa memantau telefon. Dengan sentiasa membuat pemantauan kita dapat mengelakkan dari anak-anak beli barangan atau add to cart. Sekaligus dapat elakkan jika mereka beli barangan sehingga ribuan ringgit.

Selain itu, kita juga boleh menggunakan aplikasi guide parenting untuk pantau aktiviti anak-anak anda  mengunakan telefon dari jauh.

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0