Zaman sekarang macam-macam orang sanggup dan akan buat hanya semata-mata untuk mendapatkan duit dengan mudah sehingga tergamak menipu dengan bermacam trick dan helah tanpa memikirkan akibat dan kesan daripada penipuan yang mereka lakukan.
Di laman Twitter sejak semalam, viral tentang seorang netizen yang berkongsi berkaitan dengan seorang lelaki yang sedang mencari anak kandungnya yang didakwa hilang entah ke mana.

Menurut lelaki tersebut pencarian itu masih lagi diteruskan selepas anaknya hilang semenjak tahun 2016 dan sehingga ke hari baru saja menemui dua daripada tiga yang dikatakan hilang.


Tweet netizen ini telah menarik perhatian orang ramai yang turut bersimpati dengan nasib lelaki tersebut kerana kehilangan anaknya. Walau bagaimanapun, ada netizen mengatakan bahawa lelaki yang sedang mencari anaknya itu adalah penipu atau scammer.
Malahan lebih memeranjatkan, seorang netizen yang dikenali sebagai Amy turut mengaku bahawa dia pernah berkhidmat dengan sebuah pertubuhan yang bernama Penggerak 2017 dan turut membantu lelaki terbabit menyebarkan flyers untuk mencari anaknya pada ketika itu.

Namun, akhirnya mereka mendapat tahu bahawa anak-anak lelaki yang dikatakan hilang itu sebenarnya memang lari daripada ayahnya kerana si ayah memaksa mereka untuk meminta sedekah demi dapatkan duit yang mudah.

Amy juga turut menyertakan beberapa bukti iaitu kenyataan daripada pihak Penggerak Malaysia yang berkaitan dengan kes kehilangan anak-anak lelaki yang dikenali sebagai Mohd Shah ini. Memang terbukti beliau adalah seorang scammer yang pernah ditangkap dulu kerana menipu.




Walau bagaimanapun, sebenarnya kesemua anak-anak lelaki ini seramai tiga orang telah pun ditemui semula pada tahun 2016 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat. Kes penipuan sebegini juga dikatakan bukanlah baru pertama kali berlaku malahan berulangkali.

Ekoran dari pembongkaran penipuan lelaki ini yang dikatakan akan memalukan dan menjatuhkan maruah, ramai netizen meminta pemilik status ini membuang posting berkenaan.Namun, netizen lebih suka perkara sebegini tersebar supaya dijadikan pengajaran kepada mereka yang terlibat dengan penipuan sebegini.
Baca juga : KANTOI! Lelaki Penipu Gunakan ‘Kisah Sedih’ Yang Sama Bagi Mendapatkan Duit Di KLIA2
Tak sangka kan? Ayah yang berkopiah dan nampak alim sanggup menipu orang ramai macam ni, maka janganlah kita cepat percaya pada seseorang kerana penampilannya.
Loading…