in

‘Memang susah nak terima pada mulanya’ – Pasangan Redha Anak Dilahirkan Tiada Bebola Mata & Hidap Penyakit Genetik

Semua pasangan di dunia ini yang berkahwin tentunya mengharapkan dan memasang impian untuk mempunyai anak-anak yang comel dan sempurna dalam berbagai segi. Yang paling utama adalah kesempurnaan dari segi fizikal serta sihat tubuh badannya dan bebas dari segala jenis penyakit yang memudaratkan diri bayi tersebut.

Namun, siapa sangka impian itu tidak menjadi kenyataan dan pasangan ini telah diuji dengan si ibu melahirkan seorang bayi comel dengan mempunyai penyakit yang jarang dapat dilihat pada masa kini.

cahaya imani
Cahaya Imani bersama ibunya, Rsmawati Rashid.

Selepas melihat keadaan bayi yang dilahirkan itu, Rasmawati Rashid kelihatan terkejut apabila mendapat keseluruhan badan anak sulungnya itu dipenuhi dengan parut seolah-olah kesan terbakar dan lebih mengejutkan anaknya itu dilahirkan dengan keadaan cacat penglihatan, lapor Mingguan Wanita.

BACA : Usia Bayi Baru Masuk 2 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Telah Latih Anaknya Meniarap. Kelebihan Ini Ramai Ibu Ayah Tak Tahu

Rasmawati dan pasangannya Adam Bin Hassan, tetap menerima kehadiran bayi tersebut dengan hati yang redha serta penuh kesyukuran malahan turut menyayangi si kecil itu yang kini telah berusia 5 tahun. Anak perempuannya itu diberi nama sebagai Cahaya Imani dan disahkan menghidap penyakit Goltz Syndrome.

Cahaya imani
Imani adalah menghidap penyakit yang jarang kita dengari di Malaysia.

Penyakit sebegini jarang kita dengari di Malaysia, Goltz Syndrome adalah merupakan sejenis penyakit genetik yang agak asing dan Imani berkemungkinan adalah satu-satunya penghidap penyakit tersebut di negara kita ini.

Menurut Rasmawati, sepanjang anaknya dalam kandungan, dia memaklumkan yang dia langsung tidak mengalami sebarang kejadian pelik yanjg berlaku.

cahaya imani
Rasmawati dan suaminya menerima kehadiran anak mereka dengan redha.

“Cuma alahan yang agak teruk sehingga pernah dimasukkan ke wad kecemasan. Ketika itu penyakit gastrik saya juga teruk sehingga muntah darah.”

BACA : Padah Minum Susu Tiruan, Anak Muntah-Muntah Teruk, Jika Ada Tanda-Tanda Demikian, Sila Segera Bawa Ke Hospital

“Tapi, semuanya okay selepas usia kandungan tiga bulan. Apabila saya membuat imbasan (kandunga) pun semuanya kelihatan normal.”

Rasmawati turut menceritakan bahawa dia tidak perasan keadaan anaknya itu yang cacat penglihatan ketika dia dilahirkan. Selepas satu jam, barulah jururawat datang dan menerangkan keadaan yang sebenarnya yang berlaku terhadap bayinya itu.

“Masa itu saya tak rasa apa-apa bila jururawat beritahu yang Cahaya Imani lahir tak ada bebola mata dengan badan ada kesan terbakar.”

“Tapi bila suam tenangkan saya, minta saya bersabar. Barulah sedih tu datang. Susah sebenarnya nak terima masa awal-awal. Tapi suami tak pernah berhenti bagi semangat.”

“Sampai akhirnya saya terima dengan hati terbuka. Goltz Syndrome adalah penyakit genetik, bukan penyakit keturunan.”

Menurutnya, selain mempunyai kecacatan pada penglihatan, Imani juga dilahirkan dalam keadaan dengan 3 lubang pada jantungnya. Walau bagaimanapun, doktor telah memberitahu padanya bahawa masalah berkenaan tidak kronik dan selepas imbasan terbaru dilakukan mereka mendapati lubang tersebut kini hanya tinggal satu sahaja.

anak syurga
Sumber: Mingguan Wanita

Disebabkan itulah, Imani kini tidak memerlukan sebarang pembedahan sebaliknya hanya memerlukan rawatan susulan yang harus dilakukan. Pada ketika ini, Imani telah menjalani tiga kali pembedahan pada bahagian matanya. Rasmawati turut berkongsi cerita bahawa Imani langsung tidak menghidap penyakit kronik lain selain sering demam panas.

BACA : Pesan Doktor Jangan Cium Anak Selepas Merokok, Ini Sebabnya Apabila Satu Kes Terjadi Kepada Bayi 1 Tahun, Ayah Jangan Pentingkan Diri Sendiri..

“Masa itu saya tak rasa apa-apa bila jururawat beritahu yang Cahaya Imani lahir tak ada bebola mata dengan badan ada kesan terbakar.”

“Tapi bila suam tenangkan saya, minta saya bersabar. Barulah sedih tu datang. Susah sebenarnya nak terima masa awal-awal. Tapi suami tak pernah berhenti bagi semangat.”

“Sampai akhirnya saya terima dengan hati terbuka. Goltz Syndrome adalah penyakit genetik, bukan penyakit keturunan.”

Rasmawati turut memaklumkan bahawa adalah tidak menjadi kesukaran kepadanya untuk membesarkan Imani cuma dia agak sensitif dengan haba yang panas. Walaupun ada yang memandang sekiranya membawa Imani keluar dari rumah, Rasmawati dan suaminya itu menganggap perkara tersebut adalah normah dan yang lebih penting adalah pembesaran anaknya itu.

Inilah ujian dan dugaan yang besar yang harus dilalui oleh ibu ini yang menjaga anak syurga yang menghidap penyakit yang jarang ditemui. Semoga mereka sekeluarga terus tabah dan sabar, semoga Imani membesar dengan cepat serta sihat sentiasa.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0