in ,

“Rakaman Video Lelaki Lakukan Hubungan Sejenis Tiada Tahi Lalat Seperti Saya” – Anding Kecewa Persepsi Masyarakat Terhadapnya

Minggu lalu kita dikejutkan dengan kontroversi satu klip video yang berbaur lucah yang dikatakan artis itu adalah Eyka Farhana, terbaru seorang lagi artis Anding yang didakwa terpalit sama seperti itu.

Artis terbabit seorang bekas peserta Akademi Fantasia (AF) Anding yang dikatakan sebagai individu yang turut beraksi dalam satu klip video bersama seorang lelaki melakukan hubungan sejenis yang kini tular di media sosial.

Menurut laporan Mstar, Anding Indrawani Zaini, 34, berkata dia tidak pernah melakukan perkara yang tidak senonoh itu kerana ianya boleh menjatuhkan maruahnya sendiri sebagai seorang artis yang dikenali ramai.

“Sudah tentu ia bukan saya! Hidung saya ada tahi lalat tapi lelaki tersebut tak ada. Apabila saya lihat lelaki tersebut, tak nampak pun ada iras saya.

Sumber: MStar

“Saya tidak pernah melakukan perkara tersebut dan memang tak logik kalau saya buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan merosakkan kerjaya sendiri.
“Saya masih boleh berfikiran waras dan tak akan buat perkara tidak senonoh seperti itu,” kata Anding.

Penyanyi yang berasal dari Sarawak ini turut mengharapkan supaya masyarakat dapat mengubah persepsi yang kononnnya lelaki yang belum berkahwin dan sibuk menjaga badan di gim adalah seorang gay.

“Bila nampak lelaki yang belum kahwin dan selalu pergi gimnasium, mesti ada yang buat tanggapan individu itu seorang gay. Mungkin atas sebab itu, mereka juga menyangkakan saya gay kerana tabiat saya suka menjaga badan dan kerap ke pusat kecergasan.

“Orang tak tahu kenapa saya belum kahwin dan tidak ada kekasih sehingga kini? Bagi mereka, apa mereka nampak…, itu yang mereka percaya.
“Saya harap segelintir masyarakat yang berfikiran sebegitu dapat mengubah persepsi terhadap lelaki seperti saya,” ujarnya.

Sumber: MMO

Sehubungan dengan berita yang kini tersebar di media sosial, Anding turut memaklumkan bahawa dia akan segera membuat laporan polis berhubung dengan perkara tersebut memandang sudah beberapa kali namanya sering dikaitkan dengan isu berkenaan.

Anding juga turut berkata, tindakannya dengan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis kerana ianya membabitkan kerjaya seni dan juga maruahnya.

Lagi pun, perkara itu telah berlaku beberapa kali. Pada awal tahun ini juga rakannya pernah memberitahu bahawa terdapat gambar lucah seorang lelaki yang dikatakan menyerupai dirinya dan terkini adalah rakaman video pula, jelas Anding dengan kecewa.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0