in

“Arwah berkahwin 3 Kali, dia ada pesan jika…” Anak arwah Aman Shah dedah pesanan terakhir ayahnya…

“Arwah berkahwin 3 Kali, dia ada pesan jika…” Anak arwah Aman Shah dedah pesanan terakhir ayahnya…

PESANAN terakhir Allahyarham Aman Shah kepada anak sulungnya iaitu Hadzly akan terus dikenang dan menjadi amanat yang perlu dipegang sepanjang hayat.Menurut Hadzly, 43, sejak kecil hubungannya dengan bapa agak renggang, namun ia kembali terjalin erat selepas dia mengambil keputusan tinggal berdekatan di Kuala Lumpur.”Sebenarnya saya tidak rapat dengan arwah ketika kecil kerana dibesarkan oleh arwah nenek.

“Selepas bekerja dan menetap di Kuala Lumpur barulah hubungan kami akrab dan dia selalu ajak bercuti sama jika ada masa lapang.”Kali terakhir pesanan arwah kepada saya adalah untuk menjaga baik semua anak-anak. Itu adalah amanat yang akan sentiasa saya pegang,” katanya kepada mStar.Hadzly ditemui semasa pengebumian arwah bapanya itu yang diadakan di Masjid Al- Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Selangor pada petang Rabu.

Sementara itu, seorang lagi anak arwah iaitu Zalelo berkongsi detik pertemuan terakhir bersama bapa ketika majlis pertunangannya yang diadakan di Singapura.Zazelo yang juga merupakan penyanyi di negara berkenaan mengakui terkejut apabila mengetahui berita pemergian bapa tercinta.Kata Zalelo atau nama sebenar Afrah Athasha, 23, dia berharap agar dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama arwah.

Baru dapat jumpa ayah. Dia datang ke Singapura ketika saya bertunang. Tak sangka dia meninggal dunia secepat ini.”Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama jika arwah masih dipanjangkan usia,” katanya.Zalelo merupakan anak Aman hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya Farah Diba Abdul Aziz.Aman pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai enam orang anak hasil semuaperkahwinan.

Aman Shah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara akibat serangan jantung pada pukul 2.20 petang, Rabu.

Sumber : Mstar.

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0