in

AWAS! Kamera Tersembunyi Seperti Skru Dijumpai Dalam Tandas Awam

kamera tersembunyi

Dunia semakin maju, teknologi pula semakin canggih dengan berbagai alat yang direkakan bagi memudahkan lagi aktiviti dalam kehidupan seharian manusia. Gajet, telefon, alatan elektronik sehinggalah kamera tersembunyi atau spy camera (hidden camera).

Tetapi, teknologi juga boleh mengundang bahaya sekiranya ia digunakan dengan cara yang salah sehingga memudaratkan orang lain. Salah satu contoh yang terdekat adalah dengan menyalahgunakan kamera tersembunyi pengintip untuk membuat intipan terhadap orang lain sewaktu berada di tandas atau pun bilik mandi.

hidden camera
Spy camera atau kamera pengintip mini yang sangat kecil amat sukar dikesan.

Kamera Tersembunyi Sukar Dikenalpasti

Kamera tersembunyi mini yang digunakan untuk mengintip biasanya direka khas dalam berbagai bentuk seperti mainan, pen, penyangkut baju, jam dan bermacam lagi yang tidak pernah dijangkakan manusia kerana kadangkala terlalu kecil. Sekali pandang pasti tiada siapa pun menyangkakan barangan tersebut adalah sebuah kamera yang berfungsi.

Pada masa ini, kamera pengintip yang direka untuk mengintip dengan menggunakan bentuk skru yang diletakkan pada pintu tandas untuk memudahkan perbuatan intipan. Perkara ini telah merungsingkan ramai orang sehingga ada yang menjadi takut untuk pergi ke tandas awam.

Seorang netizen dari luar negara telah berkongsi tentang kamera mengintip ini yang dapat dikesan tersembunyi diletakkan di dalam skru di sebuah tandas awam sehingga agak sukar dikesan jika sekali pandang. Lebih hebat lagi ia tiada sebarang kabel atau wayar kerana kemungkinan menggunakan internet atau Wifi.

cctv kecil untuk mengintip
Kamera ini seperti CCTV kecil tanpa kabel yang menggunakan capaian internet atau Wifi.

Menurut kenyataan posting tersebut, “ini adalah satu peringatan buat semua orang yang sering mengunjungi tandas awam, terutamanya wanita. Sila berhati-hati kerana di sana ada individu yang akan mengugut anda.

Dan mencari cara bagaimana untuk meletakkan kamera tersembunyi berkenaan di dalam tandas. Mereka kemudiannya mengambil gambar anda dan seterusnya memuat naik gambar tersebut ke laman web yang tidak sepatutnya.”

“Berkemungkinan si pelaku tersebut akan mengambil gambar ketika anda berada dalam tandas dan bertindak mengugut anda untuk meraih pendapatan mudah. Jadi sila ingatkan kepada semua orang, teman wanita, isteri, anak perempuan dan semua keluarga anda berkaitan dengan perkara ini agar mereka tidak menjadi salah seorang mangsa mereka,” katanya.

kamera dalam toilet
Antara contoh spy camera mini yang terlalu kecil yang boleh dibeli dengan mudah.

Amaran menerusi posting berkenaan kamera tersembunyi itu telah dikongsi oleh ribuan netizen dan turut menasihati antara satu sama lain agar terus berhati-hati sewaktu menggunakan semua tandas awam atau bilik persalinan walau di mana berada.

Lebih jelas lagi, kamera sebegini seperti kamera litar tertutup (CCTV), spy camera, hidden camera atau kamera mini yang boleh merakamkan bermacam kejadian sangat mudah didapati di kedai elektronik dan juga secara online di internet seperti Lazada, Shopee, Amazon dan banyak lagi sehingga ramai individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakannya.

Baca : Lelaki Ditangkap Selepas Pasang Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Rumah Untuk Rakam Kak Ipar Mandi

Untuk pengetahuan semua, kamera tersembunyi yang menggunakan objek tertentu agak sukar untuk dikenalpasti dengan objek yang asal, jadi anda harus berhati-hati sewaktu berada di tandas awam. Dunia sekarang segala macam perkara tidak lagi mustahil akan berlaku jika anda terus lalai dan cuai. – Video dari YouTube.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    Loading…

    0