in

Ayah Lalok Bawa Anak 3 Tahun Bersama Ke ‘Port’ Lepas Gian Dadah, Isteri Ditinggalkan Dalam Pantang Di Rumah

Macam-macam dengan dunia sekarang ni. Tugas seorang ayah, bukankah untuk mendidik dan mengajar anak supaya menjadi insan yang berguna dan berjaya di dalam hidup ini? Lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki dan juga seorang ayah kepada anak ini, hairan.

Sewaktu isterinya sedang dalam berpantang selepas beberapa lama bayi mereka dilahirkan, lelaki tersebut tanpa ada rasa bersalah telah membawa anaknya itu yang berusia 3 tahun ke tempat dia melepaskan gian atau lebih senang disebut sebagai ‘port’. Kisah ini telah tersebar di media sosial Facebook sejak semalam.

Walau bagaimanapun, hajatnya itu telah terbantut selepas dipatahkan oleh beberapa anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas lelaki berkenaan ditahan pada awal pagi semalam di Kampung Padang Cik Mas, Pulai.

Laporan NST menyatakan, bapa kanak-kanak terbabit turut ditahan bersama 27 orang penagih dadah yang lain ketika dalam ‘Ops Perdana’ yang dilakukan oleh AADK di Baling pada Rabu lalu.

Menurut Ketua Pegawai AADK Daerah Baling, Arnida Ishak, dia langsung tidak menyangka akan lelaki terbabit sanggup membawa bersama anaknya ke ‘port’ di mana dia ingin melepaskan gian dengan dadah itu.

“Anggota AADK menahan lelaki itu yang tidak sempat meloloskan diri dan anaknya berada bersamanya ketika itu.

“Saya sedih kerana lelaki itu sanggup membawa anak kecil dan difahamkan isterinya pula sedang berpantang,” katanya.

Walau bagaimanapun, pihak anggota AADK telah menghantar semula kanak-kanak tersebut kepada ibunya yang ketika itu sedang berehat di rumah kerana sedang berpantang selepas melahirkan anak.

Selain itu, anggota AADK juga turut menyerbu beberapa kawasan yang dijadikan ‘port’ penagih selama 10 jam di Kampung Parit Panjang, Teloi Kanan dan Padang Cik Mas. Kesemua mereka yang ditahan masing-masing berumur dalam lingkungan 19 hingga ke 50 tahun serta didapati positif dadah jenis methamphetamine dan morfin.

Apalah nasib malang budak tu, kecil lagi dah didedahkan dengan perkara sebegini yang menjanjikan masa depan yang suram. Semoga adik ini dipermudahkan dan berjaya satu masa nanti.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments