in

Bacaan Adi Putra Tepat, Sama Seperti Imam Masjidil Haram  Fakrul UNIC

Bacaan Adi Putra Tepat, Sama Seperti Imam Masjidil Haram  Fakrul UNIC
Penyanyi kumpulan UNIC yang juga Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2019, Mohd Fakrul Radhi menyifatkan bacaan Al-Quran dan tarranum pelakon, Datuk Adi Putra adalah bagus dan tepat.

Difahamkan, Fakrul mengulas video memaparkan pelakon Mat Kilau itu membaca surah ar-Rahman berserta tarannum Rast yang tular di media sosial.

Memetik Harian Metro, Fakrul turut mengatakan bacaan dan alunan Adi Putra sama seperti Imam Masjidil Haram, Makkah, Abdul Rahman Al-Sudais.

“Alhamdulillah, bacaan Datuk Adi Putra bagus, tajwid betul dan lagu ada tarannum Rast. Mungkin dia selalu mendengar bacaan Imam Masjidil Haram, Abdul Rahman Al-Sudais. Sebab itu bacaan yang selalu dialunkan Imam Al-Sudais.

“Sebelum ini pun, saya pernah menjemput Datuk untuk mengaji bersama saya secara langsung di Instagram ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Dari situ memang tengok dia bersemangat dalam bab mengaji untuk bagi ‘vibes’ yang baik.

“Ramai yang komen sewaktu sesi ‘live’. Selain itu, dia juga ada karisma dalam berkata-kata. Bukan saja saya, tapi penonton pun kagum dengan penggunaan bahasa dan nasihat disampaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Fakrul berkata video mengaji yang tular itu sekaligus dapat dijadikan inspirasi serta contoh buat mereka di luar sana.

“Dia membawa watak Mat Kilau. Apabila Mat Kilau bersilat dalam filem itu, ramai anak muda nak belajar silat, kiranya ada pengaruh yang sangat baik.

“Orang nampak ciri pejuang Melayu ditambah bahasa dan skrip dalam itu menterjemahkan keperibadian Mat Kilau itu sendiri. Kalau kita membaca sejarah pun, Mat Kilau memang seorang yang kuat agama, mahir ilmu agama, al-Quran dan sebagainya. Dia bukan pejuang biasa.

“Jadi, apabila tengok Datuk mengaji, baguslah dan kena dengan watak Mat Kilau itu. Anak muda yang tengok dan ikut, insya-Allah dapat ‘vibes’ yang baik. Tahniah dan teruskan, moga ada manfaat baik untuk semua,” katanya.

BACA : Hebatnya mak ayah ustazah M3mbesarkan 10 orang anaknya Subahanallah Ustazah Asma Harun Bongkar Rahsia Kaedah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

 

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0