in ,

Bagaimana Cara & Tips Sembuhkan Diri Sendiri Dari Gangguan, Sihir, Ilmu Hitam dan Santau..

Saya (Anyss Azemi) mendapat petua untuk sembuhkan diri dari sihir ini setelah 4 tahun saya berperang dengan sihir dan santau, puas berubat. Duit dah beribu-ribu habis untuk berubat. Dari yang bayar, ikut ikhlas sampailah yang mintak bayaran beribu.

Saya share tips ni sebab nanti mungkin ada yang berguna pada siapa-siapa. Azab sihir dan santau ni orang yang kena je tahu betapa sakitnya. Saya dah banyak tempat pergi berubat sebelum ni tapi rata-rata ustaz atau ustazah kata benda ni akan datang balik. Kira tak dapat sembuh sepenuhnya.

Sebelum ni dapat sembuh dalam 70% sahaja. Tapi selepas saya amalkan petua-tua ni, allhamdulilah sekarang dah sembuh 95% tinggal saki baki je lagi nak kasi buang lepas ni.

Syukur kepada Allah saya dapat buang santau dalam tubuh saya selepas amalkan semua ni, saya sendiri tak sangka benda tu keluar.

Saya dapat tips ini dari seorang ustaz katanya ubat diri sendiri kalau berubat dengan perawat tapi tak sembuh.

Gambar Hiasan

1) Sembahyang taubat nasuha, mohon Allah ampunkan segala dosa-dosa lalu dulu dan Sembahyang 5 waktu jangan tinggal, selepas sembahyang doa dan luahkan kepada Allah segala kesakitan. Mohon Allah sembuhkan segala penyakit.

2) Mandi dengan daun bidara dan buah limau purut setiap hari selama 12 hari. Limau tu gosok pada seluruh badan dan kepala . (masa mandi selawat dan doa kepada Allah buangkan sihir atau segala penyakit dalam badan)

3) Minum air kelapa yang dibakar bersama serai dan biji halba. Minum berturut-turut selama 12 hari. (Sebelum minum selawat dan doa agar Allah berikan air kelapa tu jadi ubat)

4) Amalkan baca ruqyah dan ayat muntahkan penyakit dari ustaz Sharhan Shafie. Bergantung kepada Allah 100%. Percaya kepada diri sendiri mampu mengubatkan diri sendiri.

Kena yakin kalau tak yakin tak jadi. Saya baca hari pertama benda tu keluar dari badan saya, saya sendiri terkejut, gambar santau yang dihantar dekat saya tu, saya hanya kongsikan dengan family saya, ustaz dan ustazah saya sahaja.

Berikutnya adalah ruqyah dan ayat-ayat yang saya amalkan untuk mengelakkan sihir dan santau.

Posted by Anyss Azemi on Thursday, 17 August 2017

Posted by Anyss Azemi on Thursday, 17 August 2017

Posted by Anyss Azemi on Thursday, 17 August 2017

Posted by Anyss Azemi on Thursday, 17 August 2017

Posted by Anyss Azemi on Thursday, 17 August 2017

5) Mengadu pada Allah, menangislah pada Allah dan selalu berdoa agar Allah buang segala penyakit dalam badan setiap hari.

6) Kalau sakit, lawan dan percaya kita lebih kuat dari benda tu. Saya sakit sampai menangis tak keluar suara, lebih sakit dari sakit beranak. Tapi saya tetap lawan sebab saya ada Allah.

7) Ikhtiar,jangan hanya berserah kepada Allah semata-mata tanpa usaha. Amalkan sifat tawakkal.

Semoga kita semua dijauhkan dan sembuh dari penyakit sihir dan santau.

Share agar berguna kepada yang lain. Bagi yang ada tanda-tanda gangguan boleh cuba try cara ini.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

3 Comments

Leave a Reply

3 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments