in

Mungkin Bahasa Inggeris Dipelajari Setiap Hari, Jadual Belajar Agama Dirombak

Belajar bahasa Inggeris setiap hari

Bahasa Inggeris mungkin perlu dipelajari setiap hari di sekolah manakala Agama Islam pula mungkin seminggu sekali sahaja bukannya dalam semua waktu dalam sehari. Heboh di laman sosial dengan berita ini yang kini menjadi topik hangat netizen.

Pasti ramai yang tidak akan bersetuju dengan kenyataan ini yang dapat dilihat di media sosial rata-rata netizen mempertikaikannya mengapa Agama Islam boleh dipelajari sekali sahaja dalam seminggu mengapa tidak dibuat seiring dengan bahasa Inggeris, tanya netizen.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed malam ini mengingatkan rakyat mengenai kepentingan menguasai Bahasa Inggeris bagi menimba ilmu pengetahuan.

“Saya ingin mengingatkan setiap orang, Bahasa Inggeris bukan hanya untuk orang England sahaja tetapi adalah suatu bahasa universal. Bahasa ilmu. Untuk mendapat ilmu, anda mesti tahu Bahasa Inggeris.

Belajar agama mungkin dirombak di sekolah

Dalam mempelajari sains dan perubatan, kita perlu memahami Bahasa Inggeris dengan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) 2018 di sini malam tadi.

Beliau berkata kurikulum di sekolah juga perlu menitikberatkan penguasaan subjek yang boleh melahirkan graduan berkualiti dan tidak tertumpu pada subjek keagamaan sahaja.

“Kerajaan akan menyemak semula kurikulum sekolah. Seseorang menukar sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama, belajar agama Islam dan tidak belajar perkara lain.

Natijahnya, rakyat tidak benar-benar mengetahui mata pelajaran yang akan memberikan mereka pekerjaan. Kami akan menukar jadual waktu di sekolah.

Kita akan belajar agama tetapi bukan dalam semua waktu dalam sehari. Mungkin seminggu sekali tetapi kita perlu kuasai semua mata pelajaran lain,” katanya. – BERNAMA.

Semoga ada jalan penyelesaian yang baik dan saksama seperti yang dikehendaki orang ramai terutamanya umat Islam di negara ini. Rata-rata mereka yang mahukan subjek Agama Islam dan Bahasa Inggeris perlu dipelajari secara sama rata demi kebaikan generasi baru.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Loading…

0

Comments