in

Bahaya Jajan Kepada Kanak-Kanak Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

bahaya jajan pada kanak-kanak

Pepatah ada berkata, ‘sayang anak tangan-tangankan’ mungkin boleh ditukarkan dengan ‘sayang anak, jauh-jauhkanlah jajan’. Mengapa? Tahukah anda betapa bahaya jajan atau makanan ringan kepada anak-anak kita?

Perkongsian dari Doktor Taufiq Razif ini pasti akan membuatkan ramai ibu bapa yang akan faham dan mengerti apakah maksud dan nasihat yang disampaikan oleh doktor muda ini yang menyatakan bahaya jajan kepada anak kecil anda.

Bahaya Jajan atau Makanan Ringan Pada Kanak-kanak

kesan bahaya jajan kepada kanak kanak
Gambar hiasan

Mungkin juga sampai sekarang masih ada ibu bapa yang masih lagi tidak tahu menahu tentang bahaya jajan pada kanak-kanak atau juga dipanggil cekedis atau makanan ringan seperti ditunjukkan dalam gambar.

Mari kita ikut perkongsian dari Doktor Taufiq Razif ini yang menceritakan bahawa bahaya jajan kepada anak-anak anda. Mungkin mulai hari ini anda mula sedar serta tahu apakah kebaikan dan yang tidak baik tentang beri jajan pada anak anda.

Ramai Betul Tak Tahu Bahaya Jajan Ni

Terkedu saya!

Baru-baru ni saya amik anak saya daripada tadikanya. Yang peliknya anak saya taknak berenggang dengan beg galas dia. Saya dah jadi pelik dah. Bila saya buka je beg dia.

Ya Allah! Penuh dengan jajan!

Hari pertama beg dia penuh dengan bungkusan jajan berperisa jagung. Saya urut dada. Takpelah. Mungkin cikgu dia tersilap masukkan la kot. Hari kedua ketiga lepas tu pun masih dapat jajan lagi.

keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak
Gambar hiasan

Bermacam macam perisa pulak tu. Siap dapat lolipop lagi. Saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya jumpa terus cikgu tadika anak saya tu.

Saya tak marah pun cikgu tu cuma saya tanya elok-elok je. “Cikgu, kenapa banyak sangat jajan dalam beg anak saya?”.

Cikgu tu macam agak cuak jugak la sebab dia kenal saya kot. Dia cakap ada pelajar yang celebrate birthday jadi bagi bagi je jajan tu kat semua pelajar tadika tu. Saya terkedu!

Eh! Kenapa ada mak ayah yang celebrate anak dengan jajan?
Sini saya nak bagitahu keburukan jajan ni kat mak ayah semua. Mana tahu ada yang belum tahu kan.

langkah mengatasi pengambilan makanan ringan
Gambar hiasan

~ Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi takde nilai nutrisi

~ Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.

~ Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu.

~ Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Efeknya? Seumur hidup!

kesan negatif jika anak makan benda yang tak berkhasiat
Gambar hiasan

Jadi kepada mana-mana ibubapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ‘ penyakit orang dewasa ‘ dah mula menyerang kanak-kanak. Ni la zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.

Baca : 5 Makanan Ini Jika Kerap Diberikan Kepada Anak Mampu Melemahkan Otak!

p/s: Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye tentang bahaya jajan. Sama-sama kita jaga keluarga kita.

Semoga perkongsian tentang bahaya jajan pada kanak-kanak ini akan membuka minda semua ibu bapa yang sedang membesarkan anak-anak mereka. Insya Allah artikel ini akan bermanfaat buat anda semua dan anda tidak lagi memberikan anak anda makan makanan ringan.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0