in

Ibu Berpantang Sendiri Terkejut Bantal Tungku Moden Meletup Dekat Baby

Tungku elektrik meletup

Seorang ibu berkongsi pengalaman beliau ketika menggunakan bantal tungku moden yang meletup berhampiran bayinya yang dikatakan amat berbahaya yang mungkin boleh meragut nyawa. Perkongsian beliau telah menarik perhatian ramai netizen di laman sosial.

“Nak putus nyawa mama, nak tercabut jantung. Bantal tungku moden meletup dekat dengan baby. Nasib baik Tuhan nak tolong lagi,” jelas ibu ini di Facebook selepas tungku moden tersebut meletup secara tiba-tiba.

Menurut Farah Iqlima, semuanya berlaku selepas beliau ingin mengecas bantal tungku elektrik tersebut dalam masa tidak sampai lima minit. Kemudiannya ia meletup serta mengeluarkan sejenis cecair sehingga terpercik ke dinding dan juga terkena bayinya yang duduk berdekatan.

bantal tungku moden elektrik
Tungku moden yang meletup mengeluarkan sejenis cecair.

“Baby menangis-nangis, tokwannya bangun dari sofa. Jarak bantal itu dengan baby tak sampai sejengkal. Terpercik jugalah kat baby tapi tak teruk. Cepat-cepat basuh dengan air.

“Nak moden sangat la guna bantal tungku moden. Tengah-tengah cas nak bagi panas, sekali meletup. Nak kata lama, baru on plug tak sampai lima minit pun.

cecair terpercik
Cecair tersebut terpercik ke sluruh dinding dalam rumah.

“Cecair apa dalam bantal ini, nak basuh pun tak tanggal, bahaya. Sesiapa yang ada bantal ini, jangan guna dah. Buang je,” jelasnya.

Menurut Farah lagi, ketika itu dia sedang berpantang sendirian dan pada masa yang sama harus menjaga bayi kecil serta anak-anaknya yang lain. Sebelum ini dia juga pernah menggunakan bantal tungku moden tersebut dan tidak pula pernah mengalami kejadian seperti ini.

bantal meletup
Penangan tungku moden meletup yang keluarkan cecair kotor.

Farah turut menjelaskan bahawa beliau menggunakan tungku moden tersebut untuk menjimatkan masa kerana tugasnya sebagai ibu terlalu banyak perkara lain yang perlu dibuat seorang diri. Dan beliau juga tidak menyangka tersebarnya perkongsiannya itu telah dikecam ramai netizen yang menyuruhnya menggunakan cara tradisional sahaja.

“Guna bantal tungku moden bukan bermaksud membelakangkan cara tradisional. Memang batu tungku itu elok tetapi batu renyah sikit. Nak dipanaskan, kena ambil masa. Itu yang pilih guna bantal tungku moden. Plug in tak sampai lima minit, siap.

“Saya berpantang sendiri saja. Manalah tahu benda ini nak terjadi. Lagipun memang dah biasa guna. Tiga empat kali dah beli dan tak pernah meletup lagi. Tak sangka benda nak terjadi,” katanya.

Walau bagaimanapun, perkara itu telah pun berlaku dan sesiapa saja yang menggunakan bantal tungku elektrik ini haruslah berhati-hati, jangan nanti perkara yang sama akan berlaku lagi sehingga menyesal tak sudah.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Comments