in

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia 2018 (BSHR)

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia 2018

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia (BSHRM) yang telah perkenalkan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diagihkan kepada semua penerima bantuan ini mulai tarikh 6 Jun 2018.

Seramai lebih 4.1 Juta orang penerima akan menerima pembayaran Bantuan Sara Hidup bagi peringkat kedua selepas fasa pertama telah dibayar dan dikreditkan terus ke akaun semua penerima bantuan ini. Bagi fasa kedua berdasarkan jadual pembayaran BR1M sebelum ini sebanyak agihan RM400 bagi kategori isi rumah dan senarai e-Kasih mengikut pendapat bulanan sebanyak RM3000 dan ke bawah termasuk warga emas.

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia (BSHR) Ganti BR1M

BSHRM 2018 bujang
BR1M ditukarkan kepada Bantuan Sara Hidup. – KMS

Melalui satu sidang media yang berlangsung pada 30 Mei lalu, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir berkaitan dengan Bantuan Rakyat Satu Malaysia yang dikenali sebagai BR1M sebelum ini digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia bagi membantu golongan yang layak mendapat bantuan dari kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.

Tarikh Pembayaran BR1M dan Jumlah Bantuan Sara Hidup (BSHRM)

Bagi permohonan atau pemohon yang tidak mempunyai nombor akaun bank untuk mendapatkan pembayaran bantuan ini, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima BSHRM dan seterusnya bantuan ini juga boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal.

Semakan status BR1M 2018 Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia 2018
Bantuan Sara Hidup Rakyat khas untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Berikut adalah tarikh pembayaran bantuan dan jumlah bantuan mengikut kategori dikongsikan.

1. Kategori Isi Rumah Atas 3K-4K

Untuk mereka yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3001 hingga RM 4000 sebulan.

Jumlah Bantuan RM900

  • Bayaran Pertama RM300 – Februari 2018
  • Bayaran Kedua RM300 – Jun 2018
  • Bayaran ketiga RM300 – Ogos 2018

2. Kategori Isi Rumah Bawah 3K

Untuk mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.

Jumlah Bantuan RM1200

  • Bayaran Pertama RM400 – Februari 2018
  • Bayaran Kedua RM400 – Jun 2018
  • Bayaran Ketiga RM400 – Ogos 2018

Semakan Status Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat

Cara untuk membuat semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia masih lagi sama sepertimana semakan status BR1M sebelum ini. Sekiranya masih ada yang masih tidak tahu boleh ikuti cara semak status BSHRM seperti yang dikongsikan seperti di bawah.

Semakan status BR1M 2018 (BSH) boleh dibuat di Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my dengan memilih menu MyBSHR (MyBR1M) untuk Semakan Status Permohonan BR1M.

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Sara Hidup 2018

Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DITERIMA?

PERMOHONAN DITERIMA ialah permohonan tuan telah dikemas kini bagi BR1M atau BSH 2018 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan.

Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DALAM
PROSES?

PERMOHONAN DALAM PROSES ialah permohonan tuan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan.

Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DITANGGUHKAN?

PERMOHONAN DITANGGUHKAN ialah permohonan yang belum didaftarkan bagi BSH 2018 kerana tuan tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2015 hingga BR1M 2017.

Surat makluman akan dikeluarkan agar tuan update atau kemas kini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang Rayuan / Kemas Kini BR1M 2018 (BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2018 bermula 02 April sehingga 31 Mei 2018. Kegagalan tuan untuk membuat permohonan BSHRM 2018 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK.

Jika anda menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan semakan status BSH atau mempunyai pertanyaan serta kemusykilan anda boleh hadir sendiri ke pejabat BR1M LHDN atau cawangan yang berhampiran atau hubungi nombor talian hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018 di;

  • Talian Bebas Tol Lembaga Hasil Dalam Negeri: 1-800-88-2716
  • Talian Bebas Tol Kementerian Kewangan Malaysia: 03-8882 4566/4565
  • E-mail pertanyaan anda kepada: br1m@treasury.gov.my

Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments