in

Bapa gendong bayi cari rezeki buat Ebit Lew sebak

Bapa gendong bayi cari rezeki buat Ebit Lew sebak

MELIHAT insan dalam kesusahan menangis berterima kasih apabila dibantu, membuatkan pendakwah bebas Ebit Lew berasa lebih bersyukur.

Beliau sebak mengenangkan nasib seorang pemuda yang terpaksa menggendong anak kecil sambil kerja menghantar makanan.

Keadaan itu membuatkan beliau tampil membantu meringankan sedikit beban pemuda berkenaan dan keluarganya.

“Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motosikal pinjam dengan mentua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa.

“Saya hadiahkan motosikal baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Ebit berkata, pihaknya juga akan membantu bagi bayar bulanan pengasuh anak pemuda terbabit.

“Ulang kali abang ni ucap terima kasih. Saat kita merasa kita susah ada orang lain yang lagi memerlukan. Bila hadiahkan motosikal melihat air matanya membuat kita rasa lebih bersyukur. Besar nilai rezeki tak sangka-sangka. Semuanya dari Allah.

“Semoga Allah mudahkan hidupnya. Berkatkan rezeki buat keluarga ini. Doakan buat semua saudara kita yang dalam kesusahan di luar sana,” katanya. – Malaysiapost

Sumber : malaysiapost

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0