in

Bapa kahwin lain lepas ibu meninggal, 2 beradik hidup susah bawah jambatan

Bapa kahwin lain lepas ibu meninggal, 2 beradik hidup susah bawah jambatan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Peribahasa tersebut sangat sesuai dengan situasi yang dihadapi dua orang adik-beradik ini apabila hidup di bawah jambatan setelah bapanya berkahwin lain.

Dua pemuda duduk bawah jambatan

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Raja Anita Raja Mukhtar, dia telah memuat naik kisah dua orang pemuda berusia 27 dan 25 tahun yang memilih hidup berdikari apabila bapanya bernikah lain setelah pemergian ibu tersayang.

Abang alami tekanan

Ditanya sama ada mahu tinggal di tempat yang lebih selesa, si adik menjawab yang mereka sudah cukup bersyukur andai diberi tempat untuk berteduh walaupun kecil sahaja.

Dia juga sempat bercerita panjang lebar sehingga pengguna Facebook itu berasa sebak. Melihat daripada keadaan mereka, difahamkan si abang mengalami sedikit tekanan lebih-lebih lagi dengan masalah yang mereka hadapi.

Sudah dewasa, pilih berdikari

Difahamkan, mereka sebenarnya mempunya 5 orang adik-beradik dan ada di antara mereka mengikut bapanya. Namun, disebabkan mereka berdua sudah dewasa, dua beradik ini memilih untuk tinggal di bawah jambatan sejak beberapa bulan lalu disamping terus bekerja untuk mencari sesuap nasi.

Setiap orang masalah tak sama

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen bersimpati dengan nasib mereka kerana tahu hidup susah itu bukan mudah.

Walaupun ada yang mempersoalkan tentang fizikal mereka yang masih muda dan boleh bekerja, namun ramai menduga pergerakannya terbatas memandangkan abangnya berada dalam keadaan kurang sihat dan perlukan pemerhatian.

Berat mata memandang berat bahu yang memikul

Pergerakan terbatas mungkin sebab abang tak sihat sangat

Tanah yang ada terpaksa jual sebab nak bayar hutang keluarga

Perkongsian penuh:

Sumber: Facebook Raja Anita Raja Mukhtar

BACA : Alphard Aku Ju̷aI Rum̷ah 2 Tingk̷at Aku Juai Kini Hanya TinggaI Di PPR MiIik Abah Luah̷an Adam Hamid

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0