in ,

(VIDEO) Bapa Kecewa & Bunuh Diri Secara Langsung Di Facebook Selepas Anak Berkahwin Tanpa Keizinannya

Gejala membunuh diri kerana kecewa dan mempunyai masalah yang tersendiri sememangnya semakin kerap berlaku di kalangan masyarakat yang berdepan tekanan hidup samada disebabkan masalah keluarga mahupun peribadi.

Lebih teruk lagi, sejak kebelakangan ini, membunuh diri secara siaran langsung menerusi Facebook Live video menjadi satu trend hasil perkembangan teknologi yang semakin canggih. Tindakan ini semakin menjadi-jadi sehingga ramai yang bertindak sedemikian dan melakukannya tanpa berfikir panjang.

Melalui laporan Daily Mail, baru-baru ini, seorang bapa dipercayai telah bertindak membunuh diri dengan sepucuk pistol dan menyiarkan aksinya itu secara langsung menerusi laman sosial Facebook.

Tindakan tersebut telah mengejutkan ramai pihak apabila alasan mengapa dia berbuat demikian hanya kerana anak perempuannya itu berkahwin tanpa mendapat keizinannya terlebih dahulu.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Ayhan Uzun dari Kayseri, Turki, dilihat telah mengira sebanyak tiga kali sebelum menarik picu pistol yang berada di tangannya seolah-olah dia merancang dengan rapi sebelum berbaut demikian. Dia juga sempat menyatakan:

“Selamat tinggal, aku akan pergi, jaga diri kamu.”

Selepas dia menghabiskan ayat tersebut, Uzun dilihat terus terbaring di atas lantai. Dia sebelum itu mendedahkan mahu membunuh diri kerana anaknya berkahwin tanpa keizinannya.

Uzun dikatakan hanya mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuannya itu menerusi telefon.

Sewaktu rakaman video itu disiarkan secara langsung, keluarga dan sahabat lelaki tersebut turut meminta dan merayu kepadanya supaya tidak melakukan sebegitu.

https://www.youtube.com/watch?v=AkrDrivl1XQ

Namun, semua permintaan dan rayuan orang ramai tidak diendahkan sehinggalah keluarganya hanya menemui mayatnya sahaja.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments