in

Bapa Mungkin Selamat Kalau Pemandu Ambulans Tak Berhenti Isi Minyak

bapa mungkin selamat

Semua institusi perubatan, perhotelan atau apa saja pasti mahu memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Tetapi apabila perkhidmatan yang diberikan jelas menunjukkan kecuaian dan sikap sambil lewa kakitangan mereka, tentu menyakitkan hati pelanggan apatah lagi membabitkan nyawa orang yang disayang.

Peristiwa mengejutkan telah berlaku kepada keluarga Fung Ying yang kini telah kehilangan bapanya pada 11 Mac lalu dipercayai disebabkan kurangnya perhatian dari kakitangan perubatan. Menurut Fung Ying, bapanya Lai Kim meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dek kerana sikap sambil lewa kakitangan iaitu pemandu perubatan yang terbabit ketika itu, ambulans tersebut telah mengalami kelewatan untuk sampai ke hospital apabila terkandas dalam perjalanan menyebabkan bapanya meninggal dunia yang sepatutnya masih lagi boleh diselamatkan jika cepat sampai di hospital.

Perkongsian Fung Ying melalui akaun Facebook miliknya jelas menunjukkan bahawa dia sangat kecewa dengan sikap mereka pada ketika itu yang menjalankan tugas untuk menghantar pesakit ke hospital itu bapanya sendiri.

kemalangan meragut nyawa
Via Utusan Borneo

“Pada pagi itu, bapa saya mengalami sakit perut yang ekstrem dan kadar denyutan jantungnya laju. Ibu saya dan adik lelaki saya membawa bapa saya ke klinik berdekatan, Klinik Kesihatan Siburan di kejiranan kami.

“Bacaan ECG menunjukkan kadar jantung bapa saya tidak normal dan klinik tersebut tak mempunyai peralatan untuk diagnos punca sakit perut itu. Doktor kemudian mengarahkan bapa saya untuk dihantar ke hospital.

“Malangnya, ambulans tersebut tidak terus pergi ke hospital dan siren pun tidak diaktifkan. Dengan bapa saya yang sedang dalam kesakitan, mereka sempat lagi singgah ke Petronas Siburan untuk mengisi minyak.

“Di sana sebuah lori telah melanggar sedikit kenderaan ambulans tersebut menyebabkan pintu pemandu tidak dapat ditutup.

“Ibu saya mengatakan, ketika kemalangan itu berlaku, bapa saya masih lagi sedarkan diri. Dia memberitahu ibu saya, ‘Macam mana boleh accident? Kita sepatutnya dah sampai hospital sekarang’. Saya percaya kemalangan ini telah memakan masa yang lama di stesyen minyak.”

Lebih mengejutkan lagi, pembantu perubatan dan pemandu terbabit masih sempat singgah ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kemalangan kecil yang berlaku itu serta turut membiarkan bapa yang sedang sakit itu di dalam ambulans bersama keluarganya.

perkhidmatan teruk ambulans
Kes itu juga jadi perhatian media di Malaysia.

Lebih menyedihkan, pada ketika itulah bapa Fung Ying dikatakan telah berhenti bernafas secara tiba-tiba manakala dahinya menjadi sejuk. Inilah petanda bahawa bapanya akan meninggal dunia.

“Abang saya segera meminta bantuan daripada pembantu perubatan yang berada di dalam balai polis ketika itu. Pembantu perubatan ini telah melakukan CPR selama 15 minit ke atas bapa saya. Malangnya, bapa saya tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia lebih kurang pukul 11 pagi.”

Sekarang peristiwa itu telah berlalu, sudah lebih seminggu bapanya meninggal dunia tapi keluarga Fung Ying hanya dapat permohonan maaf sahaja. Fung Ying turut menuntut penjelasan dari pihak berkuasa bagi pihak ibunya serta turut mempersoalkan SOP mereka.

Semoga keluarga Fung Ying akan menerima penjelasan dan jawapan dari pihak yang bertanggungjawab di atas kejadian. Jika perkara ini berlaku kepada keluarga kita, pasti kita mahukan jawapan yang sama daripada mereka yang bertanggungjawab.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0