in

Bapa Ratah Anak Sendiri dan Tiga Abang Tumpang Sekaki

budak diratah ayah dan abang kandung

Sampainya hati seorang ayah yang sepatutnya melindungi anak gadisnya yang berusia 11 tahun, sebaliknya sanggup melampiaskan nafsu serakahnya pada anak sendiri dan lebih menyedihkan tiga abang kandungnya turut sama meratah mangsa tanpa belas kasihan.

Kejadian ini dilaporkan oleh Harian Metro, telah berlaku di rumah keluarga mereka di kawasan hutan di daerah Keningau, Sabah dan juga mangsa dikatakan telah beberapa kali diperkosa semenjak awal tahun 2017 lagi serta kali yang terakhir dipercayai berlaku pada bulan Ogos lalu.

“Mangsa telah diperlakukan sejak awal tahun 2017 sehingga Ogos lalu.”

Walau bagaimanapun, semua perbuatan keji empat suspek tersebut akhirnya telah terbongkar setelah mangsa dapat menceritakan semua tentang kejadian tersebut kepada kakaknya sendiri yang berusia 32 tahun pada hari Sabtu lepas yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Menurut laporan dan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din sewaktu dihubungi Harian Metro telah mengesahkan kejadian tersebut dan berkata turut menerima laporan berkaitan dengan kejadian berkenaan yang membabitkan mangsa yang berusia 11 tahun itu.

haruan makan anak
Gambar hiasan.

“Berikutan laporan itu, polis menahan bapa mangsa berusia 52 tahun, pada hari sama laporan itu dibuat. Seterusnya, hasil soal siasat polis menahan dua lagi suspek yang juga abang kandung mangsa berusia 19 dan 23 tahun,” katanya.

Sehingga kini pihak polis sedang giat memburu dan mengesan seorang lagi suspek iaitu abang mangsa bagi membantu siasatan kes kejadian berkenaan. Sementara itu tiga suspek tersebut termasuk ayah mangsa kini sudah ditahan dan turut direman untuk siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Tergamaknya ayah dan abang-abangnya sanggup berbuat demikian terhadap mangsa yang masih kecil, bagaimana dengan kehidupan dan masa depannya nanti? Semoga semua si pelaku dikenakan hukuman yang setimpal agar dijadikan teladan dan pengajaran kepada semua lelaki di luar sana supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments