in

Bapanya Dijemput Illahi Selepas Menghantarnya Ke Sekolah, Ibunya Baru 5 Hari Berpantang

perginya seorang ayah

Hati siapa yang tidak bersedih apabila kehilangan ayah yang tersayang, inilah yang dilalu seorang anak kecil apabila ayahnya telah meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu memandu selepas menghantar anak lelakinya itu ke sekolah. Apa yang lebih menyedihkan lelaki yang berusia 37 tahun itu meninggalkan isterinya yang baru sahaja bersalin dan sedang berpantang pada hari yang kelima.

Apa sekalipun kesedihan dan tangisan meratapi pemergiannya, itulah yang harus dilalui oleh semua orang, jalan yang terbaik adalah redha dengan ketentuan Illahi biarpun terlalu pahit untuk ditelan. Innalillahhiwainnailaihirajiun.

Dari Facebook Jamilah Hawa

Seorang pelajar darjah dua SK Jalan 6 Bandar Baru Bangi, kehilangan bapanya awal pagi tadi. Bapanya meninggal dunia selepas serangan jantung ketika memandu, selepas menghantar anaknya ini ke sekolah. Bapanya berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebenarnya saya tidak begitu mengenali keluarga arwah. Tetapi tergerak hati saya untuk berkongsi info ini agar lebih ramai yang dapat membantu keluarga arwah. Info saya perolehi dari kawan suami. Anak arwah adalah anak muridnya sendiri.

Apa yang membuatkan saya terasa sebak ialah, ibu pelajar ini baru lima hari berpantang dan baru sahaja suaminya hantar pulang ke kampung di Kelantan. Isteri beliau seorang Orang Kurang Upaya (OKU) buta penglihatan dan bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Anak ini sangat tabah, mengalir air mata saya dan sayu melihat apabila jenazah bapanya yang dia kasihi. Anak ini sangat disiplin dan ini diakui oleh guru sekolah dan pihak transit di sini.

BACA JUGA: Bila Ditegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Yang Menjeling! Kisah Ini Patut Dijadikan Pengajaran & Iktibar Semua Ibu Bapa

Jika ada di antara anda yang ingin menyumbang, boleh dapatkan maklumat pelajar berkenaan di SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi. Semoga sumbangan tuan dan puan boleh meringankan bebanan dan membantu serba sedikit anak ini dan keluarganya.

baru bersalin
Ibu kanak-kanak ini baru sahaja bersalin.
Tabahnya seorang kanak-kanak lelaki melihat ayahnya pergi meninggalkan dunia ini.
bapanya
Suasana sedih.
Al Fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada!

Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan cemerlang. Tabahlah wahai anak muda, kamu bakal menjadi manusia yang berbakti. Aamiin.

Jika ada yang berminat untuk membuat sumbangan, boleh salurkan ke akaun bank isteri arwah iaitu:

MAS SUNI MAT HUSIN
AKAUN CIMB:7617029176

Alhamdulillah ramai yang share dan menghubungi saya untuk membantu keluarga ini. Terima kasih kepada semua. Semoga Allah yang membalas semua kebaikan tuan dan puan.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.