in

Baru Hari Pertama Kerja, Dah Rembat Barang Kemas RM50,000

mencuri kedai emas

KULIM, KEDAH – Pada hari pertama berkerja, seorang wanita didakwa telah mencuri beberapa barang kemas dipercayai bernilai hampir RM50,000 di sebuah kedai emas di Kulim.

Dalam kejadian jam 6 petang di kedai Goldfinch, cawangan Tesco Kulim semalam, suspek, Ellieya, 29, didakwa telah mencuri barang-barang kemas tersebut semasa rakan sekerjanya pergi ke tandas.

“Dia masuk kerja 24 Mei jam 4 petang. Bila kami minta kad pengenalannya, dia memberikan alasan terlupa bawa. Jadi kami pun kata, esok dia kena bagi.

“Ketika seorang kakitangan pergi ke tandas, dia mengambil kesempatan itu untuk mencuri barang-barang kemas.

“Apabila rakan sekerjanya kembali, suspek memaklumkan dia mahu keluar makan, sebelum terus melarikan diri,” kata pengendali laman Facebook Kedai Emas Goldfinch.

kes kecurian
Kenyataan dari Kedai Emas Goldfinch di Facebook.

Semakan video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, suspek telah mencuri barang-barang kemas tersebut dan memasukkannya ke dalam pakaian.

Posted by I Am Parit Buntar on Wednesday, 24 May 2017

Kejadian itu hanya disedari oleh kakitangan berkenaan selepas mendapati terdapat pelbagai jenis barangan kemas bernilai hampir RM50,000 hilang, sebelum membuat laporan polis.

Justeru, Kedai Emas Goldfinch menawarkan ganjaran RM3,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menangkap suspek.

Sumber: The Reporter

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0