Dirakam berkali2 cium anak, lelaki buat ramai mahu zuriat – “
Bestnya bau baby..”
Mungkin itu perasaan dialami seorang bapa ini yang ‘geram’ dengan berkali-kali mencium anak sulung ketika menunggu giliran bagi melakukan ‘check-up’ bayinya di Klinik Kesihatan Selandar, Melaka baru-baru ini.
Perasaan teruja pasti dirasai sekali gus tidak sabar untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak tercinta.
@alimrahman7 #esekeli #LoveMumsSmile ♬ EminemStan – 𝙴𝚖𝚢🌙
Aksi Alim Rahman dirakam dan dikongsi menerusi platform TikTok miliknya sehingga tular dan meraih 35,800 tanda suka serta hampir 700 komen daripada warganet.
Bestnya bau baby
Kesan menonton video itu, ramai yang tumpang gembira dengan menyatakan hasrat tidak sabar untuk memiliki zuriat dan mencium bau wangi bayi yang baru dilahirkan.
Ada juga segelintir individu memohon doa agar mereka dikurniakan rezeki bagi menimang cahaya mata satu hari nanti.
Teruja dan tak sabar nak ada anak!
Masyallah.. Bau paling best kat dunia!
Tolong doakan saya
Lipat baju juga! Masyallah.. rajin..
@alimrahman7 #LoveMumsSmile #esekeli #joy ♬ originalljud – absolutesnacc
Malah, ejen takaful itu juga memuat naik beberapa video lain seperti membacakan ayat suci al-Quran serta mengomol bayi tersebut selain membantu meringankan beban isterinya dalam menguruskan rumah tangga.
@alimrahman7 #esekli #esekeli #LoveMumsSmile ♬ Peace Be Upon You – Maher Zain
Sribu dalm satu ada suami macam ini.. Masyallah, Sejuk mata dan hati tengok lelaki yang bertanggungjawab macam ni. Moga kekal berkelakuan ‘sweet’ sehingga memiliki ramai anak sekalipun. Mudah-mudahan!
Sumber: TikTok @alimrahman7
Loading…