in

Bayar Saman DBKL Sebelum 1 September atau Disenaraihitamkan oleh JPJ

pesalah trafik perlu bayar saman DBKL
Utusan

Semua pengguna jalan raya yang mempunyai saman kesalahan tempat letak kenderaan bermeter dan juga pesalah trafik lalu lintas jalan raya di Kuala Lumpur diberikan tempoh selama sebulan untuk membuat pembayaran selepas ditawarkan kadar khas kompaun serendah RM20 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengguna kenderaan yang mempunya saman dari DBKL sama ada yang sedia ada atau saman tertunggak yang dikeluarkan sebelum 1 September 2018 boleh membuat pembayaran saman dengan kadar segera sebelum disenarai hitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lapor The Star.

Untuk meringankan beban semua pesalah trafik, DBKL telah bermurah hati memberikan kadar khas kompaun serendah RM20 kepada mereka yang memiliki saman dan masih lagi belum menjelaskan saman yang telah dikeluarkan oleh penguatkuasa DBKL.

pembayaran saman dikeluarkan DBKL
Sumber: The Star

Kadar khas kompaun RM20 tersebut ditawarkan bermula 1 September sehingga 30 September 2018 diberikan kepada semua pengguna motosikal, RM30 untuk kereta, MPV, lori kecil, van, SUV dan 4WD serta RM50 untuk kenderaan berat seperti bas, kren, lori besar, teler dan juga traktor.

“Inisiatif ini adalah peluang bagi pesalah trafik menyelesaikan notis kompaun yang diterima sebelum 1 September depan bagi mengelakkan kes mereka disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya semalam.

“Namun kadar khas itu tidak termasuk bagi kesalahan yang sudah disenarai hitam (status W) dan kes-kes mahkamah (tindakan undang-undang (U), sebutan mahkamah (M) dan waran tangkap (W)),” katanya.

Bayaran kadar khas itu boleh dibuat di beberapa lokasi antaranya kaunter bayaran dan kiosk DBKL, pejabat pos, aplikasi mudah alih DBKL Mobis dan portal dalam talian www.myeg.com atau e-bayar. – Bernama

Baca : Cara Semak Saman Trafik, JPJ, Polis dan AES (Online dan SMS)

Orang ramai yang mempunyai saman DBKL disarankan mengambil peluang ini sebelum berakhirnya bulan September. Diskaun pembayaran saman seperti ini sangat jarang diberikan kepada pengguna kenderaan, jadi ambillah peluang ini dengan segera selain dapat meringankan bayaran komitmen yang lain pada setiap bulan.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments