in

Bayar Saman Dengan Kadar RM10 Sahaja Mulai Februari Hingga April 2018 Nanti

bayar saman

Biasanya, mereka yang mempunyai saman melakukan kesalahan jalan raya atau sebarang saman yang membabitkan kenderaan, mereka akan menangguhkan dulu bayaran saman di atas berbagai sebab kerana tidak mempunyai masa yang sesuai termasuklah tidak mempunyai wang yang cukup.

Walau bagaimanapun, mulai Februari ini, semua pemilik kenderaan yang mempunyai banyak saman mampu menarik nafas lega kerana satu promosi hebat yang bakal memudahkan ramai orang dan tidak lagi harus memikirkan tentang bebanan saman yang banyak itu.

PERHATIAN: Artikel ini adalah untuk  Diskaun Saman yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang telah pun tamat tempoh promosinya pada akhir April 2018. Saman ini juga tiada kena mengena dengan DISKAUN SAMAN POLIS dan juga JPJ.

Anda juga boleh dapatkan maklumat berkaitan dengan Semakan Saman JPJ, Polis dan AES menerusi pautan ini Check Saman Malaysia dan juga maklumat berkaitan rayuan saman polis dan sebagainya.

Mulai pada Februari ini sehingga bulan April tahun ini, semua orang yang memiliki saman tertunggak boleh membuat pembayaran dengan kadar bayaran yang sangat rendah yang kini sedang dipromosikan, lapor World of Buzz.

diskaun bayaran saman
© MPSJ

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah membuat pengumuman tentang promosi tahunan mereka itu yang mana mereka yang mempunyai saman yang tertunggak yang telah dikenakan ke atas kenderaan mereka itu boleh dilangsaikan dengan kadar harga yang sama rata iaitu sebanyak RM10 sahaja.

Kempen tersebut diwujudkan adalah sebagai satu inisiatif yang diambil untuk mengelakkan penunggang atau pemilik kenderaan mempunyai tunggakan kompaun daripada dikenak tindakan pihak mahkamah.

bayar saman mpsj
Gambar Hiasan

Kempen Bayara Kompaun Laulintas adalah untuk semua jenis kesalahan trafik kecuali kesalahan di Bawah Perintah 2, Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Pemanduan Kenderaan Berat) MPSJ 2012.

BACA JUGA : Majikan Anda Tak Luluskan Cuti Bersalin 90 Hari? Mulai Sekarang Anda Boleh Saman Mereka!

Cara untuk membayar saman dan cara untuk mendapatkan promosi tunggakan bayaran berkenaan boleh dibuat di beberapa tempat seperti yang berikutnya:

  • Laman web MPSJ
  • Kaunter Pandu Laju
  • Kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan
  • Kaunter Bergerak
  • Sistem MPOS

MPSJ sangat mengalu-alukan pertanyaan dan panggilan sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dan kemusykilan tentang Kempen Bayar Kompaun Lalulintas ini di talian berikut 03-80263153 atau 08-80263289.

promosi saman
Gambar hiasan.

Jadi, kepada semua pemilik kenderaan yang memunyai banyak saman yang tertunggak bolehlah membuat pembayaran saman berkenaan mulai bulan Februari sehingga April 2018 nanti untuk menikmati kadar sama rata iaitu sebanyak RM10 sahaja.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

4 Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments